Majlis Serah Terima Tugas Ketua Trafik Pasukan Pdrm
Bukit Aman - 19 September 2008. Majlis Serah Terima Tugas Ketua Trafik Pasukan PDRM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Trafik Bukit Aman.
YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib telah menyerahkan dokumen tugas Ketua Trafik Pasukan kepada YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof sambil disaksikan oleh YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib akan bertukar dan menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak sementara YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof sebelum ini memegang jawatan Penolong Komander (Operasi/Risikan) Cawangan Marin.
Di majlis itu juga, diadakan serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Trafik Pasukan yang dijawat oleh YDH ACP Mohd Fuad bin Abdul Latif.

YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof menandatangani dokumen sambil disaksikan oleh YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

YDH SAC I Dato' Haji Hamza bin Taib menyerahkan dokumen tugas Ketua Trafik Pasukan kepada YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof

YDH ACP Mohd Fuad bin Abdul Latif, Timbalan Ketua Trafik Pasukan menerima dokumen daripada Supt. Goh Kim Hua

YDH SAC II Abdul Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan PDRM yang baru