Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sintok - Pasukan Bolasepak Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), dinobatkan selaku juara Piala Ketua Polis Negara 2008 setelah menewaskan pasukan Briged Sabah PGA 1 - 0, dalam perlawanan akhir yang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/briged-tengah-pga-juara-bolasepak-piala-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:03 MYT

Sintok - Pasukan Bolasepak Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), dinobatkan selaku juara Piala Ketua Polis Negara 2008 setelah menewaskan pasukan Briged Sabah PGA 1 - 0, dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Mini Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah pada 22 Ogos 2008.

Kedatangan YDH SAC II Dato' Rosli bin Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA, membawa semangat kepada para pemain pasukan Briged Tengah PGA. Dengan serangan bertali arus akhirnya jaringan tunggal L/Kpl. Mohd Hairul Amir Romli pada minit ke 38 separuh masa pertama perlawanan memastikan Briged Tengah PGA berjaya merangkul piala tersebut.

Sebanyak 19 pasukan dari seluruh negara menyertai pertandingan yang diadakan di Mini Stadium UUM Sintok, Kedah pada 17 - 22 Ogos 2008.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Briged Utara PGA setelah menumpaskan pasukan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah sudi menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pengadil dan pasukan yang berjaya di pertandingan itu.

Ketika berucap di majlis penutupan kejohanan tersebut, YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari telah mengumumkan bahawa Kontinjen Pahang telah dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Bolasepak Piala KPN 2009.

YDH DCP Dato' Syed Ismail  bin Syed Azizan Ketua Polis Kedah dan YDH SAC II Dato' Asri bin Yusof Timbalan Ketua Polis Kedah, turut hadir menyaksikan pertandingan akhir itu.

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn
Ketibaan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM diringi oleh YDH DCP Dato' Syed Ismail bin Syed Azizan Ketua Polis Kedah masuk ke Mini Stadium UUM Sintik Kedah

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn
YDH CP' Dato Abdul Razak bin Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM diperkenalkan kepada para pemain dari pasukan Briged Tengah PGA

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn
Bergambar kenangan ..... para pengadil, pengurus pasukan dan pemain Briged Sabah PGA dan Briged Tengah PGA bergambar kenangan bersama YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM (tengah) sebelum perlawanan akhir dilangsungkan.

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn
YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari menyampaikan Piala KPN kepada ketua pasukan Briged Tengah PGA selaku juara Kejohanan Bolasepak Piala KPN 2008.

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn
YDH DCP Dato' Syed Ismail bin Syed Azizan Ketua Polis Kedah menyerahkan 'bola' selaku tuan rumah Kejohanan Bolasepak Piala KPN 2008 kepada YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari untuk diserahkan kepada Ketua Polis Pahang yang dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan Bolasepak Piala KPN 2009.

Briged Tengah Pga Juara Bolasepak Piala Kpn
Kami juara ...... pasukan bolasepak Briged Tengah PGA bergambar bersama piala yang dimenangi setelah menewaskan pasukan Briged Sabah PGA 1 - 0. Turut sama YDH SAC II Dato Rosli bin Mohd Nizam Komander Briged Tengah PGA.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM