Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.24 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sukan ragbi telah dimainkan di Tanah Melayu sekitar tahun 1892 yang diperkenalkan oleh pentadbir-pentadbir Bristish..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-kejurulatihan-ragbi-krm-isn-irb-tahap-1
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:43 MYT

Kuala Perlis, Perlis - 24 Ogos 2008. Mengikut sejarah, ragbi telah diasaskan oleh William Webb Ellis pada tahun 1823. Sukan ragbi telah dimainkan di Tanah Melayu sekitar tahun 1892 yang diperkenalkan oleh pentadbir-pentadbir Bristish yang memerintah tanah jajahannya.

Pada peringkat awal, penglibatan pemain adalah terdiri dari rakyat British yang bertugas di Malaya ketika itu sebagai pentadbir kerajaan, peladang, pegawai keselamatan manakala bagi rakyat tempatan, penglibatan mereka amatlah kecil terutamanya apabila melihat corak permainan yang ditunjukkan terlalu lasak.

Kemasukan askar-askar Fiji selepas Perang Dunia ke 2 memeriahkan lagi sukan ragbi tanah air terutamanya apabila pemain-pemain berbangsa Fiji dapat menunjukkan skil permainan yang tinggi dan mantap. Dari masa kesemasa permainan ini mendapat sambutan yang amat baik dari rakyat tempatan sehinggalah pada suatu masa ketika, sukan ragbi dianggap sebagai sukan nombor satu di negara ini.

Pada tahun 1920an, Persatuan Rugbi, Malaysian Rugby Union diwujudkan bagi mengelolakan kejohanan tempatan dan kejohanan HMS Malaya Cup serta kejohanan-kejohanan di antara zon 'North vs South' yang direkodkan pada tahun 1928. Pada tahun 1985, Kesatuan Ragbi Malaysia telah ditubuhkan.

Selepas merdeka, tradisi sukan ragbi diteruskan oleh kebanyakan rakyat British yang menetap di sini dan beberapa sekolah-sekolah elit menjadikan sukan ragbi sebagai sukan nombor satu mereka terutamanya MCKK, King Edward di Perak, English College di Johor Bahru, Sultan Ismail College di Kota Bahru, Sultan Abdul Hamid College di Alor Star dan beberapa sekolah premier lagi.

Kursus Kejurulatihan Ragbi KRM/ISN/IRB Tahap 1 telah dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi PDRM dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan Kesatuan Ragbi Perlis. Kursus ini bermula dari 21 Ogos 2008 dan tamat pada 24 Ogos 2008. Kontinjen Perlis telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah dan kursus dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin dan Kompleks Latihan Polis Kontinjen Perlis.

Untuk menjadi seorang jurulatih yang berjaya dan mempunyai pengetahuan dalam permainan ragbi, seorang jurulatih itu hendaklah menghadiri Kursus Kejurulatihan Ragbi KRM/ISN/IRB Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

Kursus Kejurulatihan Tahap 1 ini adalah kursus yang memberi tumpuan untuk mengenal permainan ragbi serta menguasai kemahiran-kemahiran asas dengan sempurna. Kursus yang dijalankan ini merangkumi masa keseluruhan selama 32 jam kepada jurulatih-jurulatih ragbi peringkat awalan dalam mendapatkan pengetahuan dan juga persijilan dari Kesatuan Ragbi Malaysia untuk menjadi seorang jurulatih yang bertauliah. Lulus Tahap 1 dijangka dapat membentuk sebuah pasukan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kursus Tahap 2 ialah kursus pertengahan yang memberi tumpuan untuk melatih para pemain peringkat Universiti dan Kelab. Aspek-aspek kemahiran asas yang lebih terperinci didedahkan di Kursus Tahap 2. Lulus Tahap 2 dijangka dapat membentuk dan melatih pasukan 15 sebelah di peringkat Universiti dan Kelab.

Kursus Tahap 3 ialah kursus tahap tertinggi yang memberi tumpuan untuk melatih para pemain peringkat negeri atau kebangsaan. Kemahiran yang lebih kompleks serta aspek-aspek kejurulatihan termasuk pengurusan dan pendaftaran pasukan turut didedahkan. Lulus Tahap 3 dijangka dapat melatih, mengurus dengan baik dan cekap serta sistematik sebuah pasukan di peringkat negeri atau negara.

Kursus Kejurulatihan Ragbi KRM/ISN/IRB Tahap 1 ini dikendalikan oleh barisan jurulatih dari Kesatuan Ragbi Malaysia, yang berpengalaman dalam bidang ragbi dan terlibat juga dalam menghasilkan Manual Kejurulatihan Ragbi Tahap 1 Kesatuan Ragbi Malaysia dan Institut Sukan Negara (ISN). Barisan jurulatih diketuai oleh Abdul Hamid bin Mohd Sauh dari Majlis Sukan PDRM sebagai Ketua Fasilitator, Mat Rat bin Kasim (Majlis Sukan ATM) dan Yusli bin Ramli (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) serta Afandi bin Noordin (Majlis Sukan ATM) sebagai Penyelaras Kursus dan juga fasilitator.

Seramai 15 orang peserta dari PDRM dan 3 orang peserta luar termasuk seorang peserta wanita telah menghadiri Kursus Kejurulatihan Ragbi KRM/ISN/IRG Tahap 1. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diselia/pantau oleh DSP Redzwan bin Abdul Aziz dari Kesatuan Ragbi PDRM sebagai Pengelola Kursus, DSP Mohamed Ghani bin Ji, Pengelola Ragbi Kontinjen Perlis, dibantu oleh 5 orang Urusetia dari PDRM dan seorang penyelaras dari Kesatuan Ragbi Malaysia.

Kursus selama 4 hari yang bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 6.30 petang ini dijalankan di padang dan juga di kelas. Pada hari akhir pada 24 Ogos 2008, semua peserta kursus menghadiri peperiksaan teori dan juga praktikal.

Hari Pertama - Khamis (21 Ogos 2008)
* Introduction, The International Rugby Board (IRB) Coaching Model, The MRU Model
* Simplifield Role in Rugby & Competition Format
* Equipment for Rugby
* Basic Skills ( Technique)
  - Passing/Receiving
  - Running in support
  - Picking up the ball
  - Kicking / Catching

Hari Kedua - Jumaat (22 Ogos 2008)
*
Coaching Skill - Individual Skill
  - Tackling
  - Falling in tackling
  - Contact
  - Mini Skill Ruck / Maul
* Unit Skill
  - Scrum - Fundamental tecniques then building from a 3 man to an 8 man scrum

Hari Ketiga - Sabtu (23 Ogos 2008)
*
General Theory and Methodalogy of sport training
* Coaching Skill - Unit Skill
  - Line out - demonstration instruction - lifting, not lifting
* Risk Management and Role Of Coach Planning, Conduction, Skill Development
* Introduction to sport Nutrition and Physiology
* Review
  - Understanding the game - strategy and tactics

Hari Keempat - Ahad (24 Ogos 2008)
*
Injury Prevention in Rugby
  - Warming up
  - Cooling down
  - Common injury in rugby
* Introduction to Sport Biomechanics
* Theory Test
* Practical Test

Seorang jurulatih perlu melengkapkan diri dengan ilmu kejurulatihan bukan sahaja daripada kudrat manusia tetapi juga teknologi masa kini. Untuk menjadi jurulatih yang berjaya, seorang jurulatih itu hendaklah berpengetahuan, bermotivasi, komited, objektif disasarkan pada keutamaan yang betul, berkemahiran, terancang, boleh mengadaptasi dengan keadaan dan stabil emosi.

Diharap kursus ini dapat melahirkan ramai jurulatih-jurulatih yang berjaya dan berpengetahuan dari Polis Diraja Malaysia yang dapat membentuk sebuah pasukan yang kuat dan digeruni lawan diperingkat kebangsaan.

Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1
Cara yang betul...Jurulatih, Yusli bin Ramli menunjukkan cara 'kicking' kepada peserta kursus, Insp Khairul Anuar Haji Alwi
Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1
C/Insp Saipul Anuar melakukan balingan 'Line-Out' sambil diperhatikan oleh peserta-peserta kursus
Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1
Coaching Skill...cara mengambil bola semasa 'Line-Out'
Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1
Persembahan Kumpulan... Wo/Man Group yang diketuai oleh C/Insp Mohd Zaki Harry Susanto membentangkan 'General Theory and Methodalogy of Sport Training'
Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1
Ujian Praktikal...Passing / Receiving oleh Kumpulan Border Four
Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1
kiri...ASP Ishak Yakop  dari Kumpulan Mask Of Zorro semasa Ujian Praktikal yang diambil oleh Jurulatih Afandi bin Noordin (baju kuning)

Kursus Kejurulatihan Ragbi Krm Isn Irb Tahap 1

Bergambar Kenangan
...Peserta-peserta Kursus Kejurulatihan Ragbi KRM/ISN/IRB Tahap 1 bergambar kenangan bersama barisan jurulatih dan urusetia.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.24 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM