Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism
Kuala Lumpur - 19 Ogos 2008. Polis Diraja Malaysia telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism' telah diadakan di Sultan's Ballroom, Hotel Le-Meridien, Kuala Lumpur dari 19 Ogos 2008 hingga 20 Ogos 2008.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol selaku Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism'.
Seramai 30 orang peserta dari luar negara, wakil-wakil pemerhati dari PDRM dan juga Sekretariat IPSG telah terlibat di dalam mesyuarat tersebut. Antara negara-negara yang menyertai mesyuarat tersebut ialah dari India, Pakistan, Singapura, Philippina, Australia dan Malaysia.
Definasi 'Bioterrorism' merujuk kepada dengan sengaja membebaskan ejen-ejen atau toksin-toksin biologi bagi tujuan membahayakan dan membunuh manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan dengan niat untuk mengugut atau memaksa sebuah kerajaan atau penduduk awam dari sudut politikal atau objektif-objektif sosial.
Tujuan utama Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism' adalah untuk menggalakkan dan meningkatkan serta berkongsi maklumat sebagai persediaan untuk mengkordinasikan respons untuk kejadian bioterrorism antarabangsa di kalangan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan pihak berkuasa nasional.
Matlamat dan Objektif Eksesais
1. Menggalakkan lebih banyak kerjasama antara organisasi.
2. Meningkatkan kesedaran kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berkaitan tanggungjawab dan tindakan terhadap ancaman 'Bioterrorism'.
3. Mengenal pasti halangan untuk persediaan dan tindakan terhadap 'Bioterrorism' yang tidak diperlukan di kalangan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan pihak berkuasa nasional.
4. Mengukuhkan komunikasi dan hubungan-hubungan di kalangan pelbagai pertubuhan-pertubuhan.
5. Memantapkan koordinasi dan kerjasama di antara organisasi-organisasi dalam kepelbagaian isu seperti ancaman dan bahaya dalam bidang perubatan dan kesihatan awam, diterima dari maklumat yang disampaikan oleh masyarakat dan perhubungan media.

Ucapan Perasmian...Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja '2nd Table Top Exercise On Preventing Bioterrorism', Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol.

Delegasi dari Malaysia

Antara delegasi yang hadir mesyuarat

Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol bersama sekretariat yang terlibat

Mr. Ronald K Noble, Secretary General Interpol menyampaikan cenderahati kepada wakil PDRM, Supt. Gan Tack Guan