Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tangkap Dua Pengedar Dadah Di Bintulu

Diterbitkan: 11 May 2017 6.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bintulu, 11 Mei 2017 - Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM22,000 dalam operasi di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tangkap-dua-pengedar-dadah-di-bintulu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Bintulu, 11 Mei 2017 - Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM22,000 dalam operasi di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 10.50 malam itu, seorang pelayan kedai kopi berusia 27 tahun dan seorang penganggur berusia 26 tahun ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan Zailanni Amit berkata, polis menemui satu paket dadah disyaki syabu, tujuh paket serbuk disyaki dadah, 10 batang rokok mengandungi ganja, 24 biji pil dadah, 71 paket dadah ketamine dalam kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis turut menemukan 35 paket hitam disyaki mengandungi dadah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas kenderaan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sumber: Utusan Online

ArtikelDiterbitkan 11 May 2017 6.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM