Briged Sarawak Pga Sertai Misi Unmit Di Timor Leste
Kuching - 5 Oktober 2007. Seramai 140 pegawai dan anggota dari pelbagai pangkat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) telah dipilih menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste. Mereka berlepas ke Timor Leste dari Pangkalan Unit Udara Polis Wilayah Sarawak Kuching.
Mereka akan menjalankan tugas di Balai-balai Polis di Timor Leste bagi membantu menjaga keamanan di antara enam hingga 12 bulan.
Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara telah meluangkan masa meraikan pegawai dan anggota yang menyertai misi tersebut dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Raya di Masjid Mujahiddin, Tabuan Jaya Kuching.
Pada majlis itu, Tan Sri Musa telah menyampaikan bungkusan raya dan menunaikan sembahyang Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih serta witir bersama-sama warga polis Kontinjen Sarawak.
Tan Sri Musa turut meluangkan masa bersahor dan menunaikan sembahyang suboh berjemaah bersama-sama pegawai dan anggota serta keluarga yang menyertai misi itu sebelum mereka berlepas ke Timor Leste di Pangkalan Unit Udara Polis Wilayah Sarawak.
Dato
Mustafa Abdullah Pengarah KDN/KA, Dato Abdul Rahman Hussin pemangku
Pesuruhjaya Polis Sarawak dan SAC II Law Hong Soon Komander Briged
Sarawak PGA serta SAC II A. Thaiveegan Ketua Jabatan Pengurusan
Kontinjen Sarawak di antara yang hadir.

Tan
Sri Musa Dato' Hj Hassan Ketua Polis Negara bersama-sama pegawai dan
anggota bergambar kenangan sebelum mereka berlepas ke Timor Leste
menyertai Misi Pengaman PBB di sana.