Bomba Dbkl Dan Alam Flora Bantu Jayakan Gotong Royong Perdana Pulapol Kl
Kuala
Lumpur, 13 Oktober - Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah
mengadakan Program Gotong-royong Perdana di sekitar PULAPOL KL pada hari
ini.
Program
yang melibatkan semua staf, kakitangan dan pelatih-pelatih Polis ini
turut dibantu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Alam Flora dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Bermula
seawal 7.30 pagi, taklimat program telah disampaikan oleh YDH SAC
Zulkifli bin Mohamad, Komandan Pulapol Kuala Lumpur di Dataran Kawad dan
aktiviti gotong royong bermula sekitar 8.00 pagi.
Program gotong-royong berakhir sekitar 12.30 tengah hari.
Taklimat Program daripada YDH SAC Zulkifli bin Mohamad, Komandan PULAPOL KL.
Staf-staf dan Kakitangan-kakitangan PULAPOL yang mengambil bahagian dalam program Gotong-royong Perdana.
Para pelatih yang mengambil bahagian.
Gotong-royong Perdana pada hari ini turut dibantu oleh Jabatan Bomba, DBKL dan Alam Flora.
SIBUK... Gotong-royong tersebut merangkumi keseluruhan persekitaran PULAPOL KL.

YM
Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim Ismail, anakanda DYMM Sultan
Johor (TENGAH) yang juga merupakan Pelatih Inspektor di PULAPOL juga
turut serta dalam Program Gotong Royong Perdana PULAPOL KL ini.
Bahan : HEA PULAPOL Kuala Lumpur
Penyunting : L/Kpl Irfan bin Bujang