Pertemuan Majlis Peguam Ke Atas Ydh Ketua Polis Negara
Bukit Aman - 18 Oktober 2011
YDH IG Tan
Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah dikunjungi oleh
wakil-wakil Majlis Peguam, petang ini. Pertemuan dan perbincangan
singkat ini dihadiri oleh Y.Bhg Lim Chee Wee, selaku Yang
Dipertua, Encik Tony Woon Yeow Thong, selaku Setiausaha, Encik Steven
Thiru, selaku Bendahari, Encik Rajen Samuel Devaraj, selaku Ketua
Pegawai Eksekutif, Encik Andrew Khoo Chin Hock, Encik Rajpal Singh a/l
Mukhtiar Singh dan Encik Haji Sulaiman bin Abdullah.
Turut
hadir YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan,
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH DCP Dato' Hadi Ho
bin Abdullah, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi dan Pegawai Kanan
Polis.
Di akhir perbincangan, tetamu dijamu dengan minum petang di Dewan Bankuet Tingkat 31, Menara I, Bukit Aman.

Ketibaan tetamu disambut oleh YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

YDH DCP Dato' Hadi Ho bin Abdullah bersama tetamu

YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan Y.Bhg Dipertua Majlis peguam


Antara yang hadir


Jamuan ringan di ruangan Banquet
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo