Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Selangkah Menuju Alam Remaja

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sudah menjadi fitrah dan lumrah setiap kanak-kanak lelaki beragama Islam yakni sebelum menginjakkan kaki ke usia remaja, pasti akan melalui saat debar dan gerun apabila hendak dikhatankan. seramai 19..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/selangkah-menuju-alam-remaja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:19 MYT

Cheras, 1 Dis - Sudah menjadi fitrah dan lumrah setiap kanak-kanak lelaki beragama Islam yakni sebelum menginjakkan kaki ke usia remaja, pasti akan melalui saat debar dan gerun apabila hendak dikhatankan.


Bertempat di Masjid Al-Amin, Markas Briged Tengah PGA, Cheras, seramai 19 orang anak-anak anggota PGA Briged Tengah yang berumur 6 sehingga 12 tahun telah telah diraikan dalam Program Berkhatan Sempena Cuti Sekolah, di sini, hari ini sebagai galakan dan motivasi kepada mereka dalam menempuh alam dewasa.


Galakan seperti ini diharapkan akan menjadi pengalaman berharga kepada kanak-kanak ini dalam menempuhi satu lagi fasa kehidupan sebagai manusia berguna kepada agama dan negara.


Program bermula seawal 8 pagi ini menyaksikan kanak-kanak tersebut diarak beramai-ramai dengan diiringi paluan kompang oleh anak-anak ahli Persatuan Perumahan Penduduk Briged Tengah PGA.


Program turut diserikan dengan kehadiran YDH SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA yang yang sudi meluangkan masa menyempurnakan upacara menepung tawar dan penyampaian cenderahati kepada kanak-kanak tersebut.


Program yang selesai sekitar jam 11 pagi ini turut dihadiri oleh Timbalan Komander Briged Tengah PGA, Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion 4, Batalion 5, Batalion 6, Batalion 19 dan Batalion Khas PGA.


Selangkah Menuju Alam Remaja
Ibu Bapa menemani anak - anak masing sambil menunggu ketibaan YDH SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA...

Selangkah Menuju Alam Remaja
Ketibaan...YDH SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA diiringi dengan bunga mangga masuk kedalam dewan masjid...


Selangkah Menuju Alam Remaja
"Bersemangat" bakal menjadi lelaki sejati...

Selangkah Menuju Alam Remaja
Di antara barisan kehormat menadah tangan memanjatkan doa...

Selangkah Menuju Alam Remaja
Antara mereka (kanak - kanak) yang akan menempuh alam remaja...

Selangkah Menuju Alam Remaja
Selangkah Menuju Alam Remaja
Selangkah Menuju Alam Remaja
Selangkah Menuju Alam Remaja
Selangkah Menuju Alam Remaja
Selangkah Menuju Alam Remaja
Selangkah Menuju Alam Remaja
Upacara yang diadakan sebelum bermulanya proses berkhatan dan beramah  mesra dengan kanak - kanak yang mengambil bahagian...

Selangkah Menuju Alam Remaja
Antara  mereka yang turut hadir bagi memeriahkan  majlis tersebut...

Selangkah Menuju Alam Remaja
Penyampaian cenderahati...

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM