Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat

Diterbitkan: 11 Jun 2014 4.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, meminta semua peringkat pangkat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berikan-perkhidmatan-terbaik-kepada-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:32 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun 2011 - Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, meminta semua peringkat pangkat pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Permintaan itu disuarakan oleh Ketua Polis Negara ketika berucap merasmikan Majlis Bersama Pemimpin Sempena Seminar Ketua Polis Daerah Siri 1/2011, di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, pagi ini.

Selain Ketua-Ketua Polis Daerah, turut hadir Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak serta semua Ketua Polis Negeri dari seluruh negara.

"Tunjukkan bahawa kita adalah pasukan polis yang profesional. Kenal pasti kawasan di daerah masing-masing yang kerap berlaku kejadian jenayah dan segera merancang program yang boleh mengajak masyarakat bersama-sama membantu mencegah jenayah", ujar Tan Sri Hj. Ismail di majlis yang turut dihadiri oleh Deputi Inspektor Jeneral Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Menurut Tan Sri Ismail lagi, polis merupakan penguatkuasa utama negara, sememangnya polis amat diperlukan oleh masyarakat untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Untuk mendekati masyarakat, kita hanya perlu, umpamanya hadir bersembahyang berjemaah dengan memakai uniform terutamanya pada setiap hari Jumaat. Kita hendaklah beramai-ramai hadir menunaikan solat Jumaat bersama-sama masyarakat.

"Tunjukkan kepada mereka bahawa kita ini mesra dan mudah didekati serta komited untuk mewujudkan sebuah negara yang aman serta selamat dari sebarang kejadian jenayah", ujar Tan Sri Hj. Ismail, mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan daerah seluruh negara mengatur program mengimarahkan masjid antara polis dan masyarakat setempat.

Pada majlis itu, Tan Sri Hj. Ismail turut meminta supaya aduan yang dibuat oleh masyarakat, hendaklah diambil tindakan segera tanpa mengira kedudukan atau pun keutamaan kes.

"Saya sedar walau pun ada kekangan dalam melaksanakan sesuatu tugas, itu bukanlah penghalang kepada kita untuk berkhidmat. Kita mesti menyokong segala pelan yang dirangka oleh kerajaan kerana akhirnya akan membawa kebaikan kepada kita juga".

Untuk memastikan integriti warga PDRM sentiasa ditahap yang tertinggi, Tan Sri Hj. Ismail mengarahkan agar semua 'Ketua' membuat kajian dan pemantauan yang berterusan agar tidak berlaku perlanggaran disiplin di semua kalangan pegawai dan anggota polis.

"Sebagai badan penguatkuasa utama negara, PDRM perlu mengembleng tenaga dan usaha bagi memastikan segala perancangan yang diatur oleh kerajaan akan tercapai", ujar Tan Sri Hj. Ismail diakhir majlis itu.

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar di Maktab Polis Cheras.

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat
YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar menandatangani buku pelawat Maktab Polis Cheras.

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat
YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar berucap di Majlis Bersama Pemimpin Sempena Seminar Ketua Polis Daerah Siri 1/2011, di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia.

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat
Ketua-ketua Polis Negeri dan Ketua-ketua Polis Daerah yang hadir dari seluruh negara.



Majlis diakhiri dengan sesi dialog bersama YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar.
Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat

Berikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat

Wartawan    : SM Megat Nizar
Jurofoto     : L/Kpl Aslam
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 4.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM