Melaka - 18 Jun 2011 - YDH SAC Dato'
Chua Chua Gee Lye, Ketua Polis Melaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur Kejohanan Golf Piala KPN 2011 telah meraikan pemain-pemain
golf dari seluruh kontinjen PDRM yang menyertai Kejohanan Golf Piala KPN
2011 di Majlis Makan Malam bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Melaka malam ini.
Kontinjen Melaka merupakan
pengelola Kejohanan Golf Piala KPN Tahun 2011 yang bermula pada 18 Jun
2011 dan berakhir pada 19 Jun 2011, bertempat di Tiara Golf Resort, Ayer
Keroh Country Club dan Orna Golf Club.
Majlis Makan Malam yang
disajikan dengan pelbagai menu yang enak ini, turut dihadiri oleh tetamu
teristimewa, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin
Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka bersama Yang Berbahagia Toh Puan
Zurina binti Kassim.
Turut hadir di majlis ini ialah Y.A.B Datuk
Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, YDH IGP Tan
Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama-sama YDH
Dato'-Dato' Pengarah PDRM, mantan Pegawai-pegawai Kanan PDRM,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta dif-dif jemputan.
Sebagai
pembuka kata aluan oleh YDH Ketua Polis Melaka, beliau mengucapkan
selamat datang kepada YDH Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah
dan semua peserta ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia dan berharap
semua peserta merasa selesa dan gembira sepanjang berada di negeri
bertuah ini.
"Penganjuran sukan golf bukan untuk memperlihatkan
kebolehan individu dalam konteks mencapai kemenangan tetapi ianya
diharap dapat menjana nilai kesukanan dan semangat berpasukan yang
tinggi pada setiap peserta", ucap YDH Ketua Polis Melaka.
"Ketabahan,
kerjasama dan sokongan moral yang dipamerkan antara peserta merupakan
madah kelestarian perjuangan organisasi yang harus disemai agar ianya
menjadi pemangkin dalam meningkatkan kecemerlangan PDRM" akhiri ucapan
oleh YDH SAC Dato' Chua Chua Gee Lye, Ketua Polis Melaka.

YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM juga turut hadir...

Ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, isteri YDH Ketua Polis Negara

Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang
Dipertua Negeri Melaka
Gambar-gambar kenangan di Dewan Serbaguna IPK Melaka
Gambar Majlis Makan Malam Kejohanan Golf Piala KPN 2011 
Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang
Dipertua Negeri Melaka bersama Yang Berbahagia Toh Puan Zurina binti
Kassim.

Ucapan
Aluan oleh YDH SAC Dato' Chua Chua Gee Lye, Ketua Polis Melaka
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Golf Piala KPN 2011

YDH
Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Tuan Yang Terutama
Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka

Turut menyampaikan cenderahati kepada Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka,

Persembahan tarian menghiburkan hadirin yang hadir...

Persembahan nyayian daripada Kombo PDRM Kedah.
Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Edwind Indo