Artikel
Lawatan Yb Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ke Muzium Pdrm
Muzium Polis Diraja Malaysia hari ini telah menerima satu lawatan daripada YB. Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat pagi ini. Law...
Kuala Lumpur - 14 Jun 2011
Muzium Polis Diraja Malaysia hari ini telah menerima satu lawatan daripada YB. Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat pagi ini. Lawatan amat bermakna ini mengimbas kembali kenangan silam semasa beliau pernah berkhidmat sebagai seorang anggota polis pada suatu ketika dahulu. Turut mengiringi sepanjang lawatan beliau adalah YDH Supt. Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM dan ASP Ab. Rashid bin Haji Mohamad, Timbalan Kurator Muzium PDRM.
Antara yang menarik di dalam galeri pameran adalah tayangan video sejarah awal penubuhan pasukan polis, koleksi pakaian lama pasukan polis, koleksi senjatapi dan senjata berjadual yang telah dirampas semasa darurat, koleksi barang-barang kelengkapan tentera Jepun, koleksi pingat-pingat anugerah, tokoh-tokoh anggota polis dan ruangan lipatan sejarah Balai Polis Kepong.
Lawatan diakhiri dengan menandatangani
Buku Lawatan dan pemberian cenderahati kepada YB. Datuk Timbalan Speaker
Dewan Rakyat. Secara keseluruhannya, YB Timbalan Speaker Dewan Rakyat
amat merasa gembira dan berpuas hati. YB. Timbalan Speaker Dewan Rakyat
mengucapkan terima kasih kepada YDH Kurator Muzium PDRM di atas layanan
mesra yang diterima.Muzium Polis Diraja Malaysia hari ini telah menerima satu lawatan daripada YB. Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker Dewan Rakyat pagi ini. Lawatan amat bermakna ini mengimbas kembali kenangan silam semasa beliau pernah berkhidmat sebagai seorang anggota polis pada suatu ketika dahulu. Turut mengiringi sepanjang lawatan beliau adalah YDH Supt. Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM dan ASP Ab. Rashid bin Haji Mohamad, Timbalan Kurator Muzium PDRM.
Antara yang menarik di dalam galeri pameran adalah tayangan video sejarah awal penubuhan pasukan polis, koleksi pakaian lama pasukan polis, koleksi senjatapi dan senjata berjadual yang telah dirampas semasa darurat, koleksi barang-barang kelengkapan tentera Jepun, koleksi pingat-pingat anugerah, tokoh-tokoh anggota polis dan ruangan lipatan sejarah Balai Polis Kepong.

Ketibaan YB Timbalan Speaker Dewan Rakyat disambut oleh pegawai Kurator Muzium PDRM

Sarapan pagi sebelum memulakan lawatan
Lawatan Ke Galeri Muzium PDRM




























Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo