Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Awas Polis Di Platform Lcct

Published: 10 Jun 2014 9.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
LCCT Sepang, 18 Februari 2011 - Sejajar dengan Konsep 4P yang diutarakan oleh Ketua Polis Negara, Polis Kontinjen Selangor hari ini telah melancarkan satu lagi kaedah baru dalam usaha memerangi jenay..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/awas-polis-di-platform-lcct
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:30 MYT

LCCT Sepang, 18 Februari 2011

Sejajar dengan Konsep 4P yang diutarakan oleh Ketua Polis Negara, Polis Kontinjen Selangor hari ini telah melancarkan satu lagi kaedah baru dalam usaha memerangi jenayah secara lebih proaktif di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.

High Visibility Deployment / High Profile Policing adalah satu kaedah taktikal yang dipraktikkan oleh PDRM dengan menempatkan anggota polis di atas platform (tempat lebih tinggi) bagi memudahkan pemantauan dibuat oleh pihak polis serta memudahkan masyarakat untuk mendapatkan khidmat polis.

Berucap sempena Majlis Pelancaran High Visibility Deployment (Platform Police View) di sini petang tadi, YDH DIG Datuk Hussin bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara memberitahu bahawa kaedah ini sebelum dikembangkan ke LCCT, telah pun digunakan di kawasan sekolah serta pasaraya dan ia terbukti berpotensi bagi menurunkan kadar jenayah di lokasi tersebut.

Tambah beliau lagi, memandangkan LCCT adalah pintu masuk utama kepada pelancong baik dari dalam mahupun luar negara, maka ia wajar dipraktikkan kerana akan menjadi 'first impression' kepada para pelancong dari sudut keamanan dan keselamatan negara.

Ketika memberitahu pemberita pula, YDH Datuk Hussin turut menjelaskan bahawa kaedah tersebut akan diperluaskan lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama lagi selaras bagi mewujudkan 'sense of peace and security' kepada pengguna terminal lapangan terbang. Kehadiran polis kali ini bukan setakat dapat dilihat malah akan turut dirasai, ujar beliau lagi.

Di LCCT kini terdapat 3 platform yang telah pun beroperasi sebagai langkah permulaan. Seramai 2 anggota dari Unit Tugas Am dan Unit Pelancong akan berada di setiap platform untuk membuat tugas pemantauan bagi menjamin keselamatan masyarakat terutama di waktu puncak.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Hj. Tun Hisan bin Dato' Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor bersama timbalannya YDH SAC Dato' A.Thaiveegan, Y.Bhg. Tan Sri Dr Jeffery Cheah, Pengerusi MCPF Selangor, YDP Majlis Daerah Sepang, Pegawai-pegawai Polis, Wakil Malaysia Airport Berhad, Wakil Air Asia, Wakil Persatuan Penduduk, dan juga pengamal media.

YDH Datuk Hussin sempat melawat anggota bertugas di platform dan berjumpa dengan orang ramai yang berada di sekitar LCCT. Beliau turut mengedarkan risalah pencegahan jenayah serta mendapatkan maklum balas dari mereka sejurus selepas majlis berakhir.


Awas Polis Di Platform Lcct
YDH DIG Datuk Hussin bin Hj. Ismail menyampaikan ucapannya.

Awas Polis Di Platform Lcct
YDH Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani plak perasmian.

Awas Polis Di Platform Lcct
YDH Datuk Hussin menerima cenderahati koleksi miniatur daripada Wakil Air Asia.

Awas Polis Di Platform Lcct
Sedia berkhidmat - Anggota Polis Pelancong yang bertugas di platform sedang lapor penugasan kepada YDH Datuk Hussin

Awas Polis Di Platform Lcct
Pelancong warga asing sedang mendapatkan khidmat bantuan dari anggota bertugas.

Awas Polis Di Platform Lcct
Cegah jenayah tanggungjawab bersama - YDH Datuk Hussin dan Ketua Polis Selangor menyampaikan risalah cegah jenayah.

Awas Polis Di Platform Lcct
Salah seorang pelancong asing memberikan maklum balas kepada YDH Datuk Hussin

Awas Polis Di Platform Lcct
YDH Datuk Hussin memberikan coklat sebagai 'refreshment' kepada orang ramai.

Awas Polis Di Platform Lcct
YDH Datuk Hussin memberikan penjelasan dalam sidang media.

WARTAWAN   : L/KPL SYAMSUL BAHARIN MOHAMED
GAMBAR       : L/KPL KHAIDZIR MAHMAD
PENYUNTING : SJN ZAIDDIN BIN DAHALAN

ArticlePublished 10 Jun 2014 9.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM