Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jabatan Pengurusan PDRM telah berjaya merangkul kemenangan dalam 2 kategori sempena Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman yang bermula dari Dataran Kawad, Bangunan 4 Tingkat, menuju k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jabatan-pengurusan-rangkul-2-kemenangan-sambutan-maulidur-rasul-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:21 MYT

Bukit Aman, 18 Februari 2011 - Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah berjaya merangkul kemenangan dalam 2 kategori , Johan Keseluruhan dan Johan Perbarisan sempena Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman yang bermula dari Dataran Kawad, Bangunan 4 Tingkat, menuju ke Masjid Bukit Aman pagi ini.

Selain itu, Cawangan Khas juga telah memenangi kategori Johan Selawat dan kategori Johan Sepanduk Terbaik dimenangi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Perarakan Maulidur Rasul ini bermula seawal 7.30 pagi dengan dihadiri Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Hj. Ismail Bin Hj Omar bersama YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sebanyak 9 jabatan dalam PDRM telah menyertai perarakan ini iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Pengurusan, Jabatan Logistik, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi / Counter Terrorism), Urus Setia KPN, Cawangan Khas dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Perarakan pagi ini didahului oleh rombongan YDH Ketua Polis Negara dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Haji Hassan AlFadhli bin Abdul Rahman Al-Hafiz, Ketua Imam Masjid Bukit Aman. Majilis diteruskan dengan jamuan  minum pagi dan diselangi dengan Ceramah Perdana oleh Y.Bhg Ustaz Haji Mohd. Farid Ravi Bin Abdullah, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan tajuk  "Rasulullah SAW- Contoh Terpuji".

Sambutan Maulidur Rasul ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah yang disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara kepada jabatan-jabatan yang memenangi kategori masing-masing.

Gambar-gambar di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


JABATAN SIASATAN JENAYAH

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman 


JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


JABATAN KDN/KA

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


CAWANGAN KHAS

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


JABATAN LOGISTIK

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


JABATAN PENGURUSAN

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


JABATAN PASUKAN PETUGAS KHAS (OPERASI/COUNTER TERRORISM)

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman


URUS SETIA KPN

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Penceramah Jemputan YBhg. Ustaz Haji Mohd Ravi bin Abdullah, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Johan Sepanduk dimenangi Jabatan KDN/KA.

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Johan Perbarisan ... Jabatan Pengurusan.

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
Cawangan Khas, Johan Selawat

Jabatan Pengurusan Rangkul 2 Kemenangan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) mewakili Jabatan Pengurusan menerima hadiah kemenangan Johan Keseluruhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman daripada YDH Ketua Polis Negara.


Wartawan    : Konst. Norliza bt Basrah
Jurufoto      : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim b S.Nor
Penyunting  : C/Insp. Norsuzila bt Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM