Artis Mengedar Dadah
KUALA LUMPUR 28 Januari 2010: Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.
Ini terbukti apabila
sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu
kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika
serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam
kelmarin.
Difahamkan,
penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi
melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan
polis.
Artis
terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut
bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang
dilakukannya jelas dilihat anggota polis.
Ini terbukti apabila
sepasukan polis menemui satu bungkusan dadah seberat hampir satu
kilogram yang cuba dibuang artis lelaki berusia awal 20-an itu ketika
serbuan di rumahnya di Kondominium Suria Damansara di sini, malam
kelmarin.
Difahamkan,
penyanyi terbabit cuba membuang bungkusan ganja terbabit bagi
melupuskan bukti sebaik menyedari kediaman mewahnya diserbu sepasukan
polis.
Artis
terbabit yang ditemani tiga gadis muda dalam kondominium itu turut
bertindak biadab dan enggan mengaku walaupun perbuatan terlarang
dilakukannya jelas dilihat anggota polis.
Difahamkan,
jika sabit kesalahan mengedar dadah, artis terbabit berhadapan hukuman
gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa
hukuman mati mandatori.
Sumber
polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sepasukan
anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Brickfields
menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah didalangi seorang
artis di sekitar Damansara di sini.
Susulan itu, sepasukan
anggota polis segera membuat intipan di kondominium berkenaan sebelum
mendapati dua kereta mewah milik suspek berada di bawah kediaman itu.
“Beberapa
anggota polis diarah menunggu di bawah kondominium berkenaan yang
terletak berhadapan balkoni unit kediaman yang didiami artis terbabit.
“Pada
masa sama, beberapa lagi anggota polis naik ke tingkat 11 kondominium
berkenaan sebelum mengetuk pintu kediaman penyanyi terbabit,” katanya.
Menurutnya,
selepas menanti beberapa minit, seorang gadis berusia 20-an membuka
pintu depan unit kondominium terbabit perlahan-lahan sambil bertanyakan
tujuan kedatangan polis ke rumah itu.
“Bagaimanapun,
anggota polis yang berada di luar pintu rumah artis terbabit sempat
melihat kelibat artis berkenaan kelam- kabut berlari ke arah balkoni
hadapan sambil membawa satu kotak.
“Artis
itu kemudian mencampakkan kotak berkenaan dari hadapan balkoni tanpa
menyedari ia disambut beberapa anggota polis yang sedia menanti di
tingkat bawah.
Polis
percaya, penyanyi terbabit cuba membuang bukti jenayah bagi mengelakkan
ditahan polis, sekali gus didakwa di mahkamah,” katanya.
Menurutnya,
hasil pemeriksaan pada kotak dibuang, polis menemui beberapa peket
ganja pelbagai saiz dan berat yang sudah siap dibungkus dalam plastik.
“Polis
percaya, semua ganja berkenaan yang diproses dan dibungkus semula artis
berkenaan menunggu masa sesuai untuk diedarkan serta diserahkan kepada
pelanggan di pasaran.
Ada antara bungkusan dadah terbabit seberat lima hingga 100 gram.
“Mengikut harga pasaran, semua ganja seberat hampir satu kilogram terbabit dianggarkan bernilai lebih RM2,000.
Kebiasaannya ganja dijual dengan harga sekitar RM10 bagi setiap lima gram,” katanya.
Menurutnya,
berdasarkan siasatan awal, artis terbabit enggan mengaku membuang kotak
mengandungi bungkusan dadah itu dan berpura-pura tidak tahu
mengenainya.
“Artis
terbabit turut mempersoalkan tugas polis dengan mendakwa tangkapan
terbabit sengaja diatur dan dia sengaja diperangkap tanpa bukti kukuh.
Malah,
dia mendakwa sedang bersiap untuk menghadiri persembahan pentas pada 31
Januari ini sambil menunjukkan pakaiannya yang sudah siap dikemas.
“Pada masa sama, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM15,000 dipercayai hasil kegiatan pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya,
polis turut melakukan pemeriksaan terhadap dua kereta mewah milik artis
itu, namun tidak menemui barang mencurigakan di dalamnya.
“Artis
itu dan ketiga-tiga gadis terbabit ditahan sebelum diserahkan ke Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,”
katanya.
Menurutnya, artis terbabit kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi
Mohamed, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti terlebih
dahulu kes terbabit sebelum tindakan lanjut diambil.