Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Empat Lelaki Disyaki Terbabit Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 3.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KOTA BAHARU, 27 Jan (Bernama) -- Dua jam selepas penahanan seorang lelaki yang disyaki memiliki motosikal curi, Polis Kelantan menahan tiga lagi lelaki sekaligus membongkar kegiatan jenayah mereka dal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-empat-lelaki-disyaki-terbabit-kes-pecah-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:23 MYT
KOTA BAHARU, 27 Jan (Bernama) -- Dua jam selepas penahanan seorang lelaki yang disyaki memiliki motosikal curi, Polis Kelantan menahan tiga lagi lelaki sekaligus membongkar kegiatan jenayah mereka dalam kes curi dan pecah rumah, melibatkan kerugian RM50,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mazlan Lazim berkata keempat-empat lelaki berumur antara 19 dan 24 tahun itu dipercayai aktif melakukan kes pecah rumah pada malam hari sejak beberapa bulan lepas.

"Hasil maklumat awam, kami menahan seorang lelaki berumur 23 tahun yang dipercayai memiliki motosikal curi di Taman Tengku Ahmad Panglima, Tanjung Chat pada pukul 5 petang semalam.

"Hasil soal siasat terhadap lelaki itu kemudian membongkar kes pecah rumah dan curi yang dilakukan bersama tiga lagi sahabatnya dan mereka kemudian ditahan di sebuah rumah sewa di kawasan perumahan Taman Uda Murni," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemui pelbagai barangan curi termasuk barangan aksesori wanita, 24 bentuk loket antik pelbagai jenis, 24 bentuk loket lambang Buddha, 46 utas jam tangan, dua kamera, empat tetikus komputer dan 11 jenis speaker.

"Kami turut menemui enam bilah parang, tiga bilah pisau, dua kelongsong peluru, sebilah pedang samurai dan sebilah sabit serta sebuah beg penuh berisi alatan pecah rumah," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati dua daripada lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes pecah rumah dan curi motosikal.

Mazlan turut meminta orang ramai yang kehilangan barang akibat kejadian pecah rumah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu untuk membuat pengecaman barangan.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 3.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM