Seludup 266 Kapsul Berisi Dadah
Sepang
- 29 Januari 2010. Tiga warga Iran ditahan satelah cuba menyeludup 266
biji kapsul dadah dipercayai Syabu, bernilai RM500,000 melalui Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.
Mereka
sanggup menelan semua dadah itu dan juga berjaya melepasi pemeriksaan
keselamatan pihak Kastam dan Imigresen di pintu keluar KLIA. Mereka
bagaimanapun ditahan polis di kaunter teksi KLIA satelah dilihat dalam
keadaan mencurigakan.
Hasil
pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan
40-an itu menelan 100 biji, 60 biji dan 106 biji kapsul.
ACP
Nordin Kadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor berkata,
semua kapsul tersebut dipercayai ditelan dalam tempoh lebih daripada 24
jam sebelum ditahan.
Polis
terpaksa mengambil masa selama empat hari untuk mengeluarkan semua
kapsul itu dari tubuh semua suspek. Berat keseluruhan kapsul-kapsul
dadah bersaiz sebesar belimbing buluh itu ialah 1.9 kg. Turut ditemui
bersama suspek ialah wang tunai RM1,250, 81,00 Riyal Iran dan AS$785
bersama-sama mereka.
Ketiga-tiga
suspek ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta dadah
Berbahaya 1952 iaitu hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.