Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Wanita Jatuh Dari Kereta Diminta Tampil Bantu Siasatan Polis

Diterbitkan: 05 Oct 2021 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 5 Oktober 2021 - Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta tepat susulan tular seorang wanita terjatuh dari kereta di Jalan Unisel, Seksyen 7, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-wanita-jatuh-dari-kereta-diminta-tampil-bantu-siasatan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:16 MYT
Shah Alam, 5 Oktober 2021 - Polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi tanpa fakta tepat susulan tular seorang wanita terjatuh dari kereta di Jalan Unisel, Seksyen 7, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian video tular itu berlaku pada 2.40 petang membabitkan kereta Perodua Myvi.

"Siasatan awal mendapati dalam video itu, pemandu Myvi terbabit memperlahankan kenderaannya serta memasang lampu kecemasan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat di Jalan Unisel itu.

"Secara tiba-tiba, seorang wanita membuka pintu dan terjatuh di atas jalan ketika kereta Perodua Myvi itu masih bergerak perlahan.

"Setakat ini, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat mana-mana individu berhubung kejadian video yang tular ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta wanita serta pemandu kereta berkenaan diminta membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../belum-ada-laporan-polis...

Sumber: Harian Metro

May be an image of car and outdoors
ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2021 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM