Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Bangunan Ipk Terengganu Berusia 84 Tahun Diganti Baharu

Diterbitkan: 04 Oct 2021 2.33 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 4 Oktober 2021 - Bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini yang sudah berusia 84 tahun akan diganti baharu bagi memberi keselesaan kepada seramai 993 anggota dan kakitangan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-bangunan-ipk-terengganu-berusia-84-tahun-diganti-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:09 MYT
Kuala Terengganu, 4 Oktober 2021 - Bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini yang sudah berusia 84 tahun akan diganti baharu bagi memberi keselesaan kepada seramai 993 anggota dan kakitangan.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, pembinaan bangunan baharu itu sudah dimulakan di atas tapak sedia ada seluas 2.04 hektar melibatkan kos sebanyak RM104 juta.

Beliau berkata, projek tersebut merupakan sebahagian pelan strategi keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberikan kelangsungan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya rakyat negeri ini.

“Pembinaan IPK ini mencerminkan iltizam PDRM yang jitu khususnya untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri selamat untuk didiami dan masyarakatnya hidup dengan aman serta mengambil berat tentang isu-isu keselamatan bersama.

“Saya berharap projek pembinaan ini akan berjalan lancar dan siap pada masa yang telah ditetapkan iaitu dalam tempoh tiga tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan IPK Terengganu di sini pada Isnin.

Bacaan lanjut di pautan berikut: https://www.sinarharian.com.my/.../Bangunan-IPK...

ArtikelDiterbitkan 04 Oct 2021 2.33 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM