Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Covid 19 Terus Diperkukuh Timbalan Kpn

Diterbitkan: 05 Oct 2021 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Batu Pahat, 5 Oktober 2021 - Polis akan terus memperkukuhkan Op Benteng COVID-19 bagi mencegah tiga aktiviti jenayah utama rentas sempadan melalui perairan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-covid-19-terus-diperkukuh-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
Batu Pahat, 5 Oktober 2021 - Polis akan terus memperkukuhkan Op Benteng COVID-19 bagi mencegah tiga aktiviti jenayah utama rentas sempadan melalui perairan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, ia membabitkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah dan aktiviti kontraban rokok serta arak.
"Pasukan Gerakan Am (PGA) dipertanggungjawabkan untuk menjaga perairan sempadan negara, termasuk kawasan Muar, Tangkak, Batu Pahat, Pontian sehingga Johor Bahru.

"Mengikut statistik, 273 orang ditangkap terdiri daripadq 107 warga tempatan dan 166 warga asing yang terbabit dengan tiga aktiviti jenayah berkenaan," katanya pada sidang media selepas melawat MarkasTaktikal Sungai Koris, Johor dekat sini, semalam.
Datuk Seri Hj. Mazlan berkata, nilai keseluruhan rampasan untuk ketiga-tiga aktiviti jenayah itu mulai Januari tahun ini hingga September lalu dianggarkan hampir RM177 juta.

"Seramai 253 pegawai dan anggota Batalion 5 dan Batalion 6 PGA ditugaskan di 22 pos kawalan sempadan perairan negara membabitkan jajaran Selangor ke Johor," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 2 people, people standing and text that says 'Langkah bagi cegah tiga aktiviti jenayah utama melalui perairan negara 'Pasukan Gerak

ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2021 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM