Article
Artikel Pilihan Sugar Daddy Pdrm Terima Laporan Ipta
Kuala Lumpur, 14 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lemba...
Kuala Lumpur, 14 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral, bagi mencari 'sugar daddy'.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed berkata, pihaknya membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada IPTA berkenaan selain laporan daripada orang ramai.
"Pada masa ini JSJ berhubung dengan pengurusan IPTA berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti tidak bermoral itu berkemungkinan wujud dalam kalangan penuntut mereka.
"Pihak polis turut mengalu-alukan IPT awam atau swasta untuk tampil membuat laporan polis jika mempunyai maklumat atau tampil kepada JSJ Bukit Aman," katanya kepada BH, hari ini.
Sumber:
Berita Harian Online
