Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Pengedaran Terbantut Tapi Pengeluaran Tetap Dilakukan

Diterbitkan: 15 Feb 2021 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 15 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa menjalankan risikan secara ‘aggressive investigation’ dalam usaha memerangi kewujudan makmal dadah sekali gus membanteras kegiatan itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-pengedaran-terbantut-tapi-pengeluaran-tetap-dilakukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:21 MYT

Petaling Jaya, 15 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sentiasa menjalankan risikan secara ‘aggressive investigation’ dalam usaha memerangi kewujudan makmal dadah sekali gus membanteras kegiatan itu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain berkata, kegiatan pengedaran dadah dalam negara agak 'terbantut’ selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, operasi pemprosesan dan pengeluaran dadah tetap dijalankan oleh sindiket-sindiket dan ini menyebabkan lambakan dadah di dalam negara seperti yang kita saksikan rampasan di Johor pada Januari lalu.

"Mereka (sindiket) juga didapati cuba mengeksport dadah ke luar negara, namun ia sukar dilakukan akibat kawalan sempadan yang ketat termasuk kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan laut atau udara sepanjang tempoh PKP," katanya kepada Kosmo baru-baru ini.

Menurut beliau, Heroin dan Syabu adalah dadah paling popular diproses di Malaysia.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

Sumber: Kosmo

May be an image of text that says 'SI SIZANG ANG ME DHC RAZAR Pengedaran 'terbantut', tapi pengeluaran tetap dilakukan PETALING JAYA Polis Dira-
ArtikelDiterbitkan 15 Feb 2021 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM