Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Buat Laporan Palsu Hilang Mykad Adalah Satu Jenayah

Diterbitkan: 14 Feb 2021 1.46 PM Dikemas kini: 24 Sep 2026 7.15 PM
Segelintir individu sanggup tampil membuat laporan polis palsu semata-mata mahu mengelakkan diri daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara apabila ingin mengemukakan permohonan bagi menggantikan MyKad yang hilang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-buat-laporan-palsu-hilang-mykad-adalah-satu-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:21 MYT
Segelintir individu sanggup tampil membuat laporan polis palsu semata-mata mahu mengelakkan diri daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara apabila ingin mengemukakan permohonan bagi menggantikan MyKad yang hilang.

Tahukah anda, membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan MyKad adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala di bawah Seksyen 25 (1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

 
ArtikelDiterbitkan 14 Feb 2021 1.46 PMDikemas kini 24 Sep 2026 7.15 PM