Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Disaran Kembalikan Imej Integriti Kpn

Published: 10 Apr 2021 1.28 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Klang, 10 April 2021- Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran agar kembali memperkasakan imej integriti badan beruniform itu, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-disaran-kembalikan-imej-integriti-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:30 MYT
Klang, 10 April 2021- Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran agar kembali memperkasakan imej integriti badan beruniform itu, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, beliau sedar bahawa terdapatnya keluhan serta cemuhan daripada masyarakat berhubung soal integriti dalam pasukan polis sejak kebelakangan ini.
“Saya merayu dan menasihati mereka (anggota PDRM) mana yang telah terbabas sebelum ini supaya balik ke pangkal jalan, …supaya nama baik PDRM itu berada pada tempatnya.

“Akhir-akhir ini saya nampak ada peningkatan walaupun belum sampai ke tahap yang diharapkan, tetapi sudah nampak keikhlasan. Pelbagai kejayaan dan reaksi positif yang saya terima daripada masyarakat terhadap khidmat yang disampaikan,” katanya.

“Sama-sama kita perbetulkan diri dan menjalankan peranan dan tanggungjawab kita seperti yang termaktub dalam undang-undang dan ikrar polis.

“Sekiranya kita dapat meningkatkan integriti kita, kita akan dapat kerjasama daripada masyarakat dan mereka akan hormati kita dan banyak lagi kejayaan dicapai dalam memerangi jenayah dan juga dadah,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1950885

Sumber: Abdul Hamid Bador dan BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Disaran Kembalikan Imej Integriti Kpn

ArticlePublished 10 Apr 2021 1.28 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM