Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Video Pilihan 4 Kumpulan Ah Long Sasar Peminjam Terjejas Covid 19 Tumpas

Diterbitkan: 10 Apr 2021 2.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bukit Mertajam, 10 April 2021 - Polis berjaya menumpaskan empat kumpulan sindiket ah long yang menggunakan kekerasan ketika menuntut hutang dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Perak kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-video-pilihan-4-kumpulan-ah-long-sasar-peminjam-terjejas-covid-19-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:21 MYT
Bukit Mertajam, 10 April 2021 - Polis berjaya menumpaskan empat kumpulan sindiket ah long yang menggunakan kekerasan ketika menuntut hutang dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Perak kelmarin.

Sindiket yang dikenali dengan nama kumpulan Ah Boy, Ah Son, Alvin dan Ah How itu sebelum ini dipercayai menyasarkan individu yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan menawarkan pinjaman pada kadar faedah tinggi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, seramai 29 ahli sindiket tersebut termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan di 12 lokasi sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) di sini serta di Kerian, Perak.

Ujarnya, mereka yang ditahan berusia 21 hingga 54 tahun itu terdiri daripada ketua kumpulan, pemberi pinjaman, pengutip wang dan pengurus.

“Siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak tiga tahun lalu dan menyewa tiga premis di sekitar daerah ini sebagai pejabat dan asrama pekerja,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda, di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu pihaknya menyita pelbagai barangan dan kenderaan mewah yang digunakan ahli sindiket berkenaan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) dan Seksyen 29 B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../4-kumpulan-ah-long-sasar.../

Sumber: Utusan Malaysia Online dan Harian Metro


Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Video Pilihan 4 Kumpulan Ah Long Sasar Peminjam Terjejas Covid 19 Tumpas
ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2021 2.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM