Artikel
Aplikasi Big Ant Atasi Kelemahan Sistem Pengurusan Jsjk
Kuala Lumpur, 27 Jan – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) hari ini mengambil langkah produktif dengan memperkenalkan sebuah aplikasi yang dikenali dengan...
Penyunting : Insp Norhamizah binti Abu Bakar
Jurufoto : Kpl Edwind
APLIKASI 'BIG ANT' ATASI KELEMAHAN SISTEM PENGURUSAN JSJK
Kuala Lumpur, 27 Jan – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) hari ini mengambil langkah produktif dengan memperkenalkan sebuah aplikasi yang dikenali dengan nama ‘Big Ant’ yang mampu mengatasi beberapa masalah pentadbiran jabatan itu.
Pengarah JSJK, YDH Dato' Sri Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan berkata sistem tersebut mampu mengatasi masalah penyampaian arahan yang lambat, panduan rujukan profesional dan sebagai rangkaian penghubung.
"Alternatif ini dilihat dapat memberi faedah dan impak positif kepada peningkatan mutu kerja serta prestasi warga kerja JSJK secara holistik dan akan diperluaskan di semua JSJK seluruh negeri, katanya dalam Perhimpunan Khas JSJK yang diadakan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana pagi tadi.
Dalam pada itu, perhimpunan khas yang dijalankan adalah yang terakhir kepada YDH Dato' Sri Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan dimana beliau akan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan pada 29 Januari 2014 ini kerana bersara.
"Tidak mampu untuk saya membalas segala pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah dicurahkan oleh semua Pegawai dan Anggota Khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang telah membantu saya merealisasikan impian JSJK sebagai sebuah badan penguatkuasaan jenayah komersil yang dikagumi", antara amanat terakhir beliau kepada Pegawai dan Anggota.
Majlis itu turut menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Penolong Pengarah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di seluruh malaysia, anggota PDRM dan kakitangan awam sebagai tanda penghargaan beliau.

Antara yang hadir dalam Majlis Perhimpunan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Juruacara Majlis

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Insp Nasrul bin Md Isa

Lafaz ikrar diketuai oleh Supt Dzamodin bin Salleh

Mandat dan Ucapan Pelancaran Sistem 'Big Ant' oleh YDH Dato' Sri Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM

Gimik pelancaran Sistem 'Big Ant' Oleh YDH Dato' Sri Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM

Sekitar majlis penyampaian sijil penghargaan

Antara yang hadir