Saya Tidak Kesal Menyertai Pasukan Polis
Penyunting : Insp Norhamizah binti Abu Bakar
Foto : Kpl Edwind Indo
SAYA TIDAK KESAL MENYERTAI PASUKAN POLIS
Bukit
Aman, 29 Jan – "Saya tidak rasa sedikit pun perasaan kesal apabila
menyertai pasukan polis" antara ungkapan terakhir YDH Dato' Sri Syed
Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang akan
menamatkan perkhidmatannya sebagai anggota pasukan keselamatan kerana
bersara hari ini.
Menyingkap
sejarah silam setelah tamat pengajian, beliau pernah bekerja sebagai
kakitangan bank swasta namun tidak menjiwai karier itu lalu memilih
badan beruniform untuk mencurahkan bakti dan keringat.
Tugas
beliau akan disandang oleh Timbalan Pengarah JSJK, YDH Dato' Tajudin
bin Md Isa dan majlis serah terima tugas telah berlangsung di Mess
Pegawai Kanan Bukit Aman dengan disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Dalam
majlis yang sama, turut dijalankan serah terima tugas Pengerusi PERKEP
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di mana tugas tersebut digalas oleh
Y.Bhg Datin Sri Sharifah Munirah binti Syed Ellias Zawawi menggantikan
Y.Bhg Datin Mastura binti Hashim dan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP
Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Imran binti Ibrahim.
Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut YDH Pengarah-Pengarah, warga kerja PDRM, ahli-ahli PERKEP dan wakil-wakil media.

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara




Antara yang hadir

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Majlis menandatangani dokumen Serah/Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)

Majlis menyerahkan dokumen Serah/Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)

Majlis menandatangani dokumen Serah/Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)

Ucapan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Ucapan YDH Dato' Sri Syed Ismail bin Dato' Haji Syed Azizan


Bergambar Kenangan

Majlis dihiburkan oleh kumpulan Quentect

Sidang Media