Berjuang Demi Keamanan Bersatu Perangi Jenayah
BERJUANG DEMI KEAMANAN, BERSATU PERANGI JENAYAH
Kuala
Lumpur, 21 Januari – Drama Gerak Khas musim baharu kini kembali dengan
tagline "Berjuang Demi Keamanan, Bersatu Perangi Jenayah" menampilkan
banyak lagi cetusan idea baharu tentang isu semasa dan konflik yang
menarik khusus untuk tatapan penonton setia Gerak Khas.
Majlis
pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi, Menteri Dalam Negeri selepas menyampaikan ucapan perasmian
beliau di Bukit Aman hari ini.
Dalam
mencipta nafas baru Gerak Khas tidak terkecuali dalam menampilkan
beberapa watak baharu dengan wajah baharu di kaca televisyen samping
mengekalkan watak-watak lama antaranya SAC Datuk Helmi, Supt Haris, DSP
Kumar dan ASP Salina di mana mereka ini muncul dengan pangkat yang lebih
tinggi berbanding Gerak Khas di musim-musim lalu.
Gerak
Khas telah memulakan siaran musim pertamanya pada tahun 1999 hingga
2011. Pada waktu itu drama bersiri popular ini telah mendapat rating
tertinggi selama tiga tahun berturut-turut di dalam carta nombor satu
seluruh stesyen televisyen.
Menurut
Pengarah Urusan Skop Production Y.Bhg Dato' Yusof Haslam, drama Gerak
Khas musim baharu kali ini amat berbeza dengan mempersembahkan idea
serta konsep yang lebih segar sesuai dengan peredaran isu semasa.
Pelbagai
kisah menarik dan sitasi yang dialami unit Gerak Khas yang masih
diketuai oleh SAC Datuk Helmi dengan menyarankan untuk turut sama 'turun
padang' dalam pelbagai operasi bagi memastikan kelancaran pengendalian
kes-kes jenayah.
Begitu
juga dengan tugasan yang harus dipikul oleh anggota Gerak Khas semakin
mencabar namun mereka ini tetap dengan prinsip dedikasi dan bertungkus
lumus dalam membanteras pelbagai kes jenayah antaranya kes jenayah
berprofil tinggi, kongsi gelap, pendatang asing dan jenayah siber turut
menjadi keutamaan selain kes-kes jenayah yang lain.
Selain
itu musim baharu kali ini juga turut dipaparkan betapa anggota unit
Gerak Khas sering menjadi sasaran golongan penjenayah yang adakalanya
mengakibatkan kecederaan dan kematian anggotanya.
Walaubagaimana
pun dalam kesibukan dan komitmen yang diberikan oleh setiap anggota
Gerak Khas dalam menjalankan tugasan namun mereka ini tidak terlepas
dalam menghadapi dilema dan konflik peermasalahan peribadi dan keluarga
yang turut menjadi keutamaan.
Antara
episod yang bakal disiarkan ialah 'Ops Gempur' yang memaparkan usaha
PDRM yang berjuang habis-habisan dalam menangani jenayah. Kisah-kisah
yang dipaparkan juga merangkumi semua kaum bagi menyampaikan mesej
kepada masyarakat.
Drama
yang diarahkan oleh Faizal Yusof, C.Kumaresan dan Syafiq Yusof ini
membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Yusof Haslam selaku pengarah
bersama melakonkan watak sebagai SAC Datuk Helmi, Norman Hakim sebagai
SUPT Haris, C.Kumaresan sebagai DSP Kumar, Salina Saibi sebagai ASP
Salina, Afiq Muiz sebagai ASP Rosli, Nizen Ayob sebagai Insp Nizam,
Shanorbiah Shamsir Alam sebagai Insp Tisya, Zabri Ibrahim sebagai
Detektif Zaidi, Mas Hidzir Khan sebagai Detektif Kamal.
Gerak Khas musim baru akan bermula pada 14 Februari 2014, setiap Jumaat jam 9.00 malam di saluran TV2.
Majlis
santai dimeriahkan dengan persembahan oleh pelakon Gerak Khas serta
sesi penyerahan cek kepada tabung bencana banjir KKMM dan tabung PERKEP.
Turut hadir YB Dato' Jailani Johari, Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin
Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah Jabatan
PDRM, Pegawai Kanan Polis serta rakan media.

YDH
Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik dan YDH
Dato' Seri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri Dan Ketenteraman Awam bersama Y.Bhg Pengarah Urusan Skop
Production Dato' Yusof Haslam

Ketibaan
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri diiringi
oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis
Negara

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Antara yang hadir

Ucapan Pengarah Urusan Skop Production Y.Bhg Dato' Yusof Haslam

Ucapan YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Ucapan YB Dato' Jailani Johari, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia

Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri



Sekitar gimik pelancaran

Bergambar bersama barisan pelakon utama


Majlis penyerahan cek sumbangan

Bergambar kenangan

Sesi sidang media