
Untuk pengetahuan kalian, kini sedang berlangsungnya Minggu Kesedaran Stres Sedunia yang mana ia menekankan tentang pengurusan stres peribadi dan di tempat kerja.
Stres jika tidak diurus dengan baik, boleh membawa kepada kemurungan (depresi) yang memungkinkan seseorang itu melakukan perkara berbahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
Melakukan aktiviti seperti bersukan, menonton wayang dan memelihara haiwan merupakan kaedah yang baik dalam pengurusan stres selain melaksanakan suruhan agama masing-masing.
Ayuh kongsikan dengan kami bagaimana cara anda mengatasi stres. Mudah-mudahan ia boleh menjadi inspirasi kepada warganet yang lain.