Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pertemuan Datuk Mohd Khalil Bersama Peserta Kursus Asas Kepolisan Pulapol Kl

Diterbitkan: 06 Nov 2019 3.50 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Begitulah analogi budaya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya para peserta Kursus Asas Kepolisan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL) yang tidak jemu-jemu menggali ilmu kepolisan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam Majlis Bersama Pemimpin, di sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pertemuan-datuk-mohd-khalil-bersama-peserta-kursus-asas-kepolisan-pulapol-kl
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:48 MYT

Kuala Lumpur, 6 November 2019 – Bagaikan air mencari jenisnya.

Begitulah analogi budaya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya para peserta Kursus Asas Kepolisan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL) yang tidak jemu-jemu menggali ilmu kepolisan daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam Majlis Bersama Pemimpin, di sini, sebentar tadi.

Penganjuran program tersebut antara lain bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman tugas selain membina perwatakan generasi pelapis Pasukan yang beretika, berdisiplin serta berakhlak mulia.

"Jiwa manusia yang subur dengan ilmu akan sentiasa berusaha mencari redha Allah SWT dan sentiasa berwaspada daripada melakukan perkara buruk sama ada terhadap dirinya sendiri ataupun sesama makhluk lain.

"Kepekaan kepada kehidupan akhirat, pasti akan menjadikan seseorang itu lebih berintegriti dan amanah dalam melaksanakan tugasan hariannya," pesan beliau.

Tentatif majlis tadi turut dihangatkan dengan sesi interaksi dua hala di antara Datuk Mohd Khalil dan para peserta kursus.

Hadir sama, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuala Lumpur, ACP Tuan Wan Hamzah Haji Wan Kadir, para Pegawai Kanan PULAPOL Kuala Lumpur dan JSJN.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang ramai dan dalaman
Para peserta kursus bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. 

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang duduk dan dalaman
Sekitar Majlis Bersama Pemimpin yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai
Sesi interaksi dua hala di antara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan para peserta kursus.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd beramah mesra bersama para peserta kursus sebelum meninggalkan majlis.
ArtikelDiterbitkan 06 Nov 2019 3.50 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM