Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Basikal Lajak Pelumba Basikal Negara Buka Memori Pahit

Diterbitkan: 07 Nov 2019 6.51 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
“Usah jadi jaguh yang sia-sia. Berlumba dengan basikal lajak yang tiada brek bagai sengaja menempah maut," kata pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-basikal-lajak-pelumba-basikal-negara-buka-memori-pahit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT

“Usah jadi jaguh yang sia-sia. Berlumba dengan basikal lajak yang tiada brek bagai sengaja menempah maut," kata pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh.

Beliau yang mengakui pernah terbabit dalam aktiviti berbahaya itu sebelum menjadi pelumba bertaraf antarabangsa sebenarnya mempunyai kenangan pahit kerana ada antara rakannya meninggal dunia ketika asyik berlumba hingga berlanggar dengan kereta.

Lebih memeritkan, ketika kejadian itu rakannya baru berusia 14 tahun, malah beliau sendiri pernah cedera hingga patah kaki dan tangan pada usia muda.

"Basikal ini tiada brek, tiada lampu dan diubah suai supaya mempunyai kelajuan luar biasa. Saya mungkin bernasib baik kerana tidak terjebak terlalu lama dan pernah rasa bersalah kepada ibu yang tidak lena tidur memikirkan anak yang tidak pulang meskipun sudah awal pagi," katanya.

Mohd Harrif berkata bakatnya dilihat oleh beberapa individu yang bertanggungjawab menjejak pelumba basikal untuk diasah menjadi profesional.

Pada usia 14 tahun, beliau dipilih menyertai beberapa pertandingan 'halal' yang dikawal selia Persatuan Berbasikal Terengganu dan diberi kepercayaan hingga mampu mewakili negeri serta negara.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text

ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2019 6.51 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM