Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia

Published: 11 Jun 2014 6.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
44 orang anak yatim adalah dari Polis Diraja Malaysia yang dipilih sekitar Selangor dan 44 orang lagi dari sekolah sekitar Ampang Jaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anak-yatim-pdrm-menerima-sumbangan-dari-kelab-putera-1-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT

Subang Jaya - 20 Ogos 2011. Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia  ini, Kelab Putera 1Malaysia telah mengadakan Program Khas, menyampaikan sumbangan baju raya, kelengkapan hari raya serta sumbangan duit raya kepada  anak- anak yatim piatu di MYDIN Mall, USJ, Subang Jaya, tengahari ini.

Seramai 88 orang anak yatim piatu, berusia dari 6tahun hingga 17 tahun telah menerima sumbangan tersebut. 44 orang anak yatim adalah dari Polis Diraja Malaysia yang dipilih sekitar Selangor dan 44 orang lagi dari sekolah sekitar Ampang Jaya.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Presiden Kelab Putera 1Malaysia bersama delegasinya dari Kelab Putera 1Malaysia.

Turut hadir di majlis sumbangan tersebut ialah Y.Bhg Tuan Ahimmat bin Mydin, Pengarah Eksekutif MYDIN Mohamed Holdings Bhd, YDH Supt. Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan Polis Diraja Malaysia bersama ASP Napri bin Sahlan sebagai Pegawai Pengiring anak-anak yatim piatu PDRM.

Setiap anak-anak yatim piatu menerima kelengkapan persiapan untuk 2 hari menyambut hari raya seperti 2 helai baju, kasut, yang mereka  pilih sendiri mengikut citarasa masing-masing dan sumbangan duit raya.

Disamping itu juga, MYDIN Mohamed Holdings Berhad turut menunaikan tanggungjawab sosial dengan menganjurkan Majlis Pengagihan Bubur Lambuk secara percuma kepada pengunjung di MYDIN Mall USJ ini dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim.

Sebanyak 10 buah periuk bubur lambuk telah disediakan dengan anjuran bersama Nestle dan MYDIN dan penyediaan bermula seawal jam 6.00 pagi secara gotong royong  dan menghasilkan 5,000 buah bungkus.

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia
Anak-anak yatim PDRM sedang memilih baju raya...

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia
Sedang mencuba kain sampin...

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia
Mencari kasut yang sesuai dengan citarasa masing-masing

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia
YDH Supt. Azizi bin Mat Aris, Pegawai Kebajikan Pasukan Polis Diraja Malaysia memilih kasut untuk anak yatim PDRM


Majlis penyampaian sumbangan duit raya oleh Kelab Putera 1Malaysia

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia
Y.Bhg Tuan Ahimmat bin Mydin, Pengarah Eksekutif MYDIN Mohamed Holdings Bhd mengagihkan bubur lambuk kepada anak-anak yatim dan pengunjung yang hadir...

Anak Yatim Pdrm Menerima Sumbangan Dari Kelab Putera 1 Malaysia
Bergambar kenangan di hadapan MYDIN USJ, Subang Jaya


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArticlePublished 11 Jun 2014 6.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM