Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu Majlis Jalinan Ramadan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Bersama Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Dan Jabatan Pertahanan Awam telah berlangsun..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penghargaan-dan-terima-kasih-kepada-pergerakan-wanita-umno-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:38 MYT

Kuala Lumpur - 20 Ogos 2011

Tradisi memberi sumbangan bungkusan hari raya oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia telah berlangsung begitu lama. Ianya menjadi satu budaya yang murni bagi memperingati jasa Pasukan Keselamatan yang telah berjaya meletakkan negara kita, dalam keadaan yang aman dan tenteram, sepertimana yang kita kecapi pada hari ini. Pada petang ini, sambutan Majlis Jalinan Ramadan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Bersama Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Dan Jabatan Pertahanan Awam telah berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.

"Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pergerakan Wanita UMNO, khususnya YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, kerana saban tahun sentiasa mengatur inisiatif murni dengan menghulurkan sumbangan bungkusan hari raya untuk warga PDRM yang bertugas ketika musim perayaan", ujar YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir bersama isteri, Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim.

Turut hadir Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia bersama Isteri, Puan Sri Datin Seri Umi Kalsom binti Wan Awang, Y.Bhg Dato' Wan Mohd Nor Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bimba Dan Penyelamat Malaysia bersama isteri, Y.Bhg Datin Zuhairah binti Yaacob, Y.Bhg Dato' Haji Abd Halim Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama isteri, Y.Bhg Daton Nawal binti Saleh, Y.Bhg Datuk Hajah Kamilia Dato' Haji Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Y.Bhg Datuk Rosni Sohar, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Y.Bhg Jeneral Datuk Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera Darat bersama isteri, Y.Bhg Datin Hajah Rusnah binti A. Rahman, Y.Bhg Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin bin Ali, Timbalan Laksamana Tentera Laut Malaysia bersama isteri, Y.Bhg Datin Sabariah Ab. Hamid, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali Daud, Panglima Angkatan Tentera Udara bersama isteri, Puan Seri Datin Seri Hasnah binti Din, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM bersama Isteri, Y.Bhg Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, YDH Tan Sri dan Puan Sri, Dato Sri, Dato'-Dato' dan Datin-Datin, Pegawai Kanan PDRM, Tentera, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam dan Rakan Media.

"Sesungguhnya melalui perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan anggota pasukan keselamatan, ditambah pula dengan kekentalan semangat perjuangan tokoh politik dan nasionalis, serta kepimpinan negara yang dinamik, mantap dan berwawasan, juga rakyat yang memiliki semangat yang tinggi, akhirnya telah memerdekakan negara yang kita cintai ini, dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk meletakkannya pula dalam keadaan yang aman, damai dan sejahtera", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

"Doa dari kami adalah lebih berharga daripada 8,000 bungkusan mahupun 850 anggota keselamatan yang hadir pada hari ini, yang kita raihkan bagi mewakili semua anggota pasukan keselamatan yang ada di seluruh negara. Ini adalah simbolik kepada anggota keselamatan yang amat kami sayangi. Selamat bertugas dan terima kasih kerana berkorban untuk menjaga keamanan negara kita", YB Senator Dato' Sri Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita Dan Masyarakat mengakhiri ucapan beliau.

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mustaqim, Imam Surau Ar-Rahman PWTC

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Ucapan Y.Bhg Dato' Haji Abdul Halim Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Ucapan Y.Bhg Dato' Wan Mohammad Nor Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Ucapan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Ucapan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifli Mohd Zin, Panglima Angakatan Tentera Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Ucapan YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Antara yang hadir

Penyampaian Sumbangan Kepada Pasukan-Pasukan Beruniform
Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Penyampaian Cenderahati
Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara hadir bersama isteri, Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim.

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama isteri, Datin Seri Rohayah binti Dato Seri Panglima Haji Mohd Yassin

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama isteri, Datin Puziyah binti Bahari

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH CP Dato' Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik bersama isteri, Datin Noraini binti Abdul Jalil

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH CP Dato' Othman bin Harun, Timbalan Pengarah (Operasi/Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama isteri, Datin Fauziah binti Tajuddin

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH SAC Dato' Ayob Khan bin Mydin Pitchay, SAC Litupan Rangkaian Anasir Migran (LREM) bersama isteri, Datin Zaleha binti Mohd Ariffin

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH DCP Dato' Tajuddin Mat Isa, Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH SAC Dato' Abd. Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH SAC Dato' Amar Singh A/L Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH SAC Hasanuddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) bersama isteri, Puan Faridah Hanim binti Haji Roslan

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
YDH Supt. Norazman bin Mohd Yusof, Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Kejutan... Memotong kek sempena Nuzul Quran dan sambutan ulangtahun kelahiran ke-39, YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil yang jatuh pada 15 Ogos 2011

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia

Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Bergambar bersama bungkusan hari raya


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin




ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM