Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 10,000 orang pegawai dan anggota PDRM di seluruh negara akan ditugaskan bagi menjayakan Ops Sikap ke-24 pada kali ini. Ops Sikap yang ke-24 pada kali dilancarkan serentak dengan Kempen Rumah S..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-ops-sikap-ke-24-dan-kempen-rumah-selamat-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT

Petaling Jaya, 22 Ogos 2011 - Seramai 10,000 orang pegawai dan anggota PDRM di seluruh negara akan ditugaskan bagi menjayakan Ops Sikap ke-24 pada kali ini. Ops Sikap yang ke-24 pada kali dilancarkan serentak dengan Kempen Rumah Selamat 2011 oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di Perkarangan Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada pagi ini.

"Dalam menilai implikasi road violations oleh sesetengah pemandu yang mendatangkan risiko yang amat tinggi kepada pengguna jalan raya yang lain, pihak polis terpaksa mengambil pendekatan untuk tidak memberi apa-apa kompromi dalam menangani pesalah-pesalah trafik" tegas YDH Timbalan Ketua Polis Negara semasa ucapan beliau di majlis pelancaran ini.

Ops Sikap Ke-24 dan Kempen Rumah Selamat tahun ini telah ditaja oleh Telekom Malaysia dengan kerjasama daripada Media Prima Berhad, Radio Televisyen Malaysia, My-EG serta Skop Productions.


Bertemakan " Selamat Sampai ke Destinasi ", akan berlangsung selama dua minggu dari 23 Ogos 2011 hingga 6 September 2011. Bersempena dengan pelancaran tersebut, PDRM turut mengumumkan nombor talian bebas tol Ops Sikap 1800 88 1412 yang disediakan oleh TM. Para pengguna jalan raya boleh melaporkan kesesakan trafik, kemalangan jalan raya, mendapatkan maklumat berkaitan laporan kesesakan trafik dan mendapatkan bantuan.


TM juga menyediakan 20 kanopi untuk kegunaan pegawai-pegawai polis yang bertugas di lokasi-lokasi strategik di semua kawasan yang sering berlaku kemalangan. TM juga turut mencetak pelbagai bahan publisiti termASUK 1,000 poster dan 1,000 Buku Panduan Maklumat Trafik.


Selain itu, TM dengan kerjasama PDRM dan Media Prima akan turut menghasilkan satu iklan kempen keselamatan di media-media elektronik, khususnya stesen-stesen TV yang membawa mesej 'Selamat Sampai ke Destinasi' kepada orang ramai.


Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Antara yang hadir di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap ke 24

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Majlis di mulakan dengan doa selamat...

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Ucapan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Ucapan pelancaran oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Gimik pelancaran ...

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Sikap ke 24 dan Kempen Rumah Selamat

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Y.Bhg Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM menyampaikan cenderahati kepada YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Media Prima Berhad menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Gimik pelancaran Ops Sikap Ke 24

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
'Pasukan Pemantauan Trafik'  yang akan terlibat bermula 23 Ogos hingga 6 September 2011 di 40 lokasi di Lebuh Raya dan 160 lokasi di Jalan Persekutuan.

Pelancaran Ops Sikap Ke 24 Dan Kempen Rumah Selamat 2011
Sidang Media di Sri Pentas TV3



Wartawan  : Konst Raymond Martin
Jurufoto    : Sjn Zaiddin Dahalan dan Konst Raymond Martin


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM