Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm

Published: 12 Jun 2014 1.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program DAKAP yang bakal berlangsung ini merupakan program siri satu yang melibatkan seramai 130 orang anak-anak anggota polis dari PDRM Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur, Kontinjen Negeri Sembilan, ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anak-polis-dalam-dakapan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:51 MYT

Rawang, 1 Jun 2012 - "Sememangnya anak-anak remaja ini seharusnya didakap atau didekatkan serta diasuh dengan budaya peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan atau KSA mereka ( Knowledge,Skills and Abilities)". Demikian antara yang disampaikan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di dalam ucapannya di majlis perasmian program Dekad Kecemerlangan Anak Polis (DAKAP) yang berlangsung di Auditorium 1, PULAPOL Bukit Sentosa.

Program DAKAP yang bakal berlangsung ini merupakan program siri satu yang melibatkan seramai 130 orang anak-anak anggota polis dari PDRM Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur, Kontinjen Negeri Sembilan, Kontinjen Selangor, PGA Briged Tengah dan PULAPOL Bukit Sentosa dan bakal diperluaskan perlaksanaanya ke seluruh kontinjen.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diberikan kepercayaan dalam menjayakan program ini terutamanya dalam penyediaan silibus yang mengandungi modul-modul berkualiti tinggi merangkumi kemahiran belajar, motivasi, team building, panduan kerjaya, kemahiran berfikiran kreatif dan kepimpinan.

Program ini dilihat sebagai salah satu usaha PDRM untuk menjadikan anak-anak polis  dan anak-anak pesara polis memperoleh pencapaian akademik yang lebih cemerlang, berketerampilan serta bersahsiah tinggi kerana mereka ini  sentiasa menjadi perhatian umum disebabkan kerjaya yang disandang oleh ibu atau ayah mereka.

Justeru itu, mereka menjadi harapan kepada masyarakat supaya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada rakan-rakan sebaya sekaligus mengangkat martabat PDRM secara tidak langsung dis amping membuktikan bahawa PDRM sentiasa komited dalam  usaha-usaha meningkatkan sahsiah dan integriti pasukan.

"Anak-anak adalah bakal pemimpin masa hadapan, maka jadikanlah program ini satu bekalan untuk jaminan masa depan yang cemerlang". Antara harapan YDH IG, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj Omar sebelum mengakhiri ucapan.

Turut Hadir dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg Tan Sri Samsuri bin Arshad, Pengerusi Yayasan Pengaman, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Jamil Bin Johari, Bendahari Yayasan Pengaman, Y.Bhg Tan Sri Jamil bin Johari, Pemegang Amanah Yayasan Pengaman,  Y.Bhg Tan Sri Hussin bin Haji Ismail, Pemegang Amanah Yayasan Pengaman, Y.Bhg Profesor Dato' Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Y.Bhg En. Mohd Rafiq Shariff, Naib Presiden Unit Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) 1 Malaysia Development Berhad, dan Pegawai-pegawai kanan polis.  



Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Tan Sri Samsuri bin Arshad, Pengerusi Yayasan Pengaman.

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Ucapan serta perasmian program Dekad Kecemerlangan Anak-anak Polis(DAKAP) oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Gambar Sepanjang Majlis
Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Y.Bhg Tan Sri Samsuri bin Arshad, Pengerusi Yayasan Pengaman menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Y.Bhg Tan Sri Samsuri bin Arshad menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg Prof. Dato' Dr Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  
Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm 
Y.Bhg Tan Sri Samsuri bin Arshad menyampaikan cenderamata kepada Y.Bhg En. Mohd Rafiq Shariff, Naib Presiden Unit Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) 1 Malaysia Development Berhad.

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menandatangani buku lawatan.

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
Sesi Sidang Media.

Anak Polis Dalam Dakapan Pdrm
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara meninggalkan majlis.






Jurufoto   : L/Kpl Raymond & Konst Iqtar
Wartawan : Konst Iqtar

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM