Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Operasi Jkko Bil 1 2012
Bukit Aman, 31 MEI 2012 -
Satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Operasi(JKKO) antara PDRM dan ATM
telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pasukan Gerakan Khas(PGK) Tingkat 23,
Menara 1 Bukit Aman pada pagi ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh
YDH DCP Dato' Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA
adalah bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti keselamatan negara
selain mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pasukan keselamatan
ini serta dapat memberi peluang kepada semua peringkat ahli-ahli JKKO
berjumpa dan bekerjasama bagi menambahbaik strategi dan implementasi di
jabatan masing-masing.
Rombongan ATM telah diketuai oleh YDH Laksda Dato' Nasaruddin bin Othman, Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama.
Turut
hadir semasa mesyuarat ialah YDH SAC Dato' Kamarulzaman bin Md Jan,
Komander Pasukan Gerakan Udara, YDH ACP Zahari bin Ahmad, Ketua Penolong
Pengarah Gerakan, Penolong Pengarah(Komunikasi), YDH ACP Muhammad bin
Abdul Aziz, Ketua Urus Setia NKRA, YDH ACP Abdul Rahman bin Ibrahim,
Ketua Penolong Pengarah Urus Setia KDN/KA, YDH ACP Mohd Yusoff bin
Mohamood.

Pengerusi Mesyuarat, YDH DCP Dato’ Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA.

Ketua Rombongan ATM, Laksda Dato' Nasaruddin bin Othman, Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama.
Antara Yang Hadir.




Bergambar kenangan di Lobi Menara 1 Bukit Aman.
Jurufoto & wartawan : L/kpl Raymond