Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia

Published: 11 Jun 2014 9.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 17 Februari 2012 - Pagi ini, bertempat di Pusat Darah Negara, satu Program Amal Derma Darah telah berlangsung anjuran PERKEP, Bukit Aman. Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bt. Haji Md. Sobri,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/amalan-mulia-bagi-insan-memerlukan-program-amal-derma-darah-bersama-pengerusi-perkep-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT

Kuala Lumpur, 17 Februari 2012 - Pagi ini, bertempat di Pusat Darah Negara, satu Program Amal Derma Darah telah berlangsung anjuran PERKEP, Bukit Aman. Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bt. Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia telah hadir di Program Amal Derma Darah, turut hadir juga Y.Bhg Datin Sri Imran bt. Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Program pagi ini diteruskan dengan sesi ceramah oleh Y.Bhg Dr. Zalina bt. Mahmood dengan tajuk "Penderma Darah Dan Kebaikkannya" di Dewan Auditorium Aras 1, Pusat Darah Negara. 

Program amal seperti ini merupakan salah satu aktiviti mulia yang perlu diterapkan setiap insan di Malaysia ini . Program ini juga memperlihatkan warga PERKEP PDRM mengambil langkah inisiatif untuk menderma darah kepada Tabung Darah Negara, dalam membantu insan yang memerlukannya.

Penglibatan aktiviti menderma darah ini sebenarnya memperlihatkan keprihatinan warga PERKEP dalam membantu insan yang memerlukan.  Ia juga menunjukkan kesungguhan dan kesediaan warga PERKEP dalam menyelamatkan nyawa dengan apa jua cara bantuan yang dapat dilaksanakan. Seramai 80 pegawai termasuk anggota PDRM, Bukit Aman dalam menjayakan program amal ini. 

Sehubungan itu, pihak Pusat Darah Negara amat menghargai dan menyanjung tinggi keperihatinan usaha warga PERKEP dalam menganjurkan program seperti ini. Diharapkan juga nilai murni ini berterusan dan lebih ramai lagi ahli-ahli PERKEP menyertai Program Amal Derma Darah ini.

Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Ketibaan Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati bt. Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Ceramah oleh Y.Bhg Dr. Zalina bt. Mahmood.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Dalam Dewan Auditorium 1, Pusat Darah Negara.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi PERKEP Malaysia.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia

Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Sesi temubual bersama media.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Sesi bergambar.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia

Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Pengerusi PERKEP Malaysia menderma darah.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Ahli-Ahli PERKEP mengisi borang derma darah.
Amalan Mulia Bagi Insan Memerlukan Program Amal Derma Darah Bersama Pengerusi Perkep Malaysia
Ahli-ahli PERKEP menderma darah.

Wartawan & Jurugambar : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim b. S.Nor

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM