Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 9.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selain menjalankan tugas hakiki sebagai anggota keselamatan, PDRM juga mempunyai anggota yang cemerlang di dalam arena sukan negara dan dapat disimpulkan atlet PDRM juga secara langsung membantu menai..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/usah-alpa-dengan-kejayaan-yang-telah-dicapai-ydh-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT

Kuala Lumpur, 17 Feb - "Saya ingin mengingatkan kepada jaguh-jaguh kita, supaya memegang prinsip 'not to rely on recognition on previous achievements' atau dengan kata lainnya tidak menjadi alpa dengan kejayaan yang telah dicapai, sebaliknya terus dipertingkatkan dan memerlukan komitmen melalui perancangan, pelaksanaan, latihan dan usaha yang gigih kerana PDRM perlu maju dan sekiranya mampu, kita boleh mengulang kembali sejarah sebagai peneraju sukan negara," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Malam Anugerah Sukan PDRM 2011 di PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut menjelaskan, selain menjalankan tugas hakiki sebagai anggota keselamatan, PDRM juga mempunyai anggota yang cemerlang di dalam arena sukan negara dan dapat disimpulkan atlet PDRM juga secara langsung membantu menaikkan imej PDRM di mata masyarakat.

"Saya meminta agar Majlis Sukan PDRM sentiasa memantau pengurusan dan perjalanan program-program yang telah dirancang supaya sentiasa 'on the right track' dan dijalankan dengan penuh efisien serta keperluan dan kebajikan para atlet dan persatuan-persatuan akan menjadi keutamaan kita.

Gaya Hidup Sihat

Seiring dengan program budaya sihat PDRM yang kini telah dilaksanakan, setiap kontinjen perlu memastikan kesihatan warga PDRM berada di tahap yang terbaik.

"Selain daripada kesihatan fizikal individu, aktiviti-aktiviti kesukanan adalah landasan yang ideal ke arah membentuk persefahaman dan kerjasama yang lebih jitu selain membentuk persefahaman, koordinasi dan integriti di kalangan pegawai PDRM di samping memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setia kawan di kalangan pegawai PDRM tanpa mengira peringkat jawatan," jelasnya.

Di akhir ucapan, YDH Ketua Polis Negara menyarankan strategi sukan PDRM ditumpukan dalam acara-acara yang berbentuk 'niche' - iaitu yang boleh dieksploitasi oleh pasukan kerana PDRM mempunyai kemudahan dan kelengkapan untuk sukan tersebut termasuklah sukan bina badan, silat, menembak, lawn bowl dan sebagainya.

Majlis pada hari ini turut dihadiri Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH SAC Zulkifli Bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu jemputan.

Ketibaan YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara

Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Ucapan aluan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
 
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Antara Persembahan Sepanjang Majlis. 
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara


Penyampaian Anugerah Kepada Kontinjen Terbaik Sepanjang Kejohanan Piala Ketua Polis Negara Iaitu Tempat Pertama Kontinjen Selangor, Ke-2 Kontinjen Bukit Aman, Ke-3 Kontinjen Johor.
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara



Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
kanan... Insp Gazali bin Yunos dari Kelab Bina Badan menerima anugerah sebagai Pengelola Sukan Terbaik.

Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
kanan...P/Sjn Rosli bin Yaacob dari Kelab Tinju menerima anugerah sebagai Jurulatih Terbaik.
 
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Kanan...L/Kpl Emma Firyana binti Saroji dari Kelab Boling Padang menerima anugerah sebagai Atlit Harapan Wanita.
 
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Kanan...L/Kpl Tengku Sharizal bin Tengku Abd Rahman dari Kelab Tinju menerima anugerah, Atlit Harapan Lelaki.

Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
kanan...L/Kpl/S Noor Amelia binti Musa dari Kelab Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawati Terbaik.
 
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Paling kanan...L/Kpl Fauzi bin Khalid dari Kelab Silat Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawan Terbaik.

Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
 
Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai Ydh Ketua Polis Negara
Nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat mengakhiri acara majlis.



Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto   : Konst Raymond bin Martin dan Konst Santher a/l Kumar Sengar
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 9.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM