Mantapkan Kualiti Dan Tanggungjawab Selaras Dengan Transformasi
"Masa
berlalu dan tanpa disedari, kini kita telahpun berada di minggu kedua
bulan Februari tahun 2012. Sepertimana kata pepatah Inggeris: "Time and Tide Wait For No Man".
Begitulah halnya dengan masa. Kita merasakan bahawa masa begitu cepat
berlalu dan secara relatifnya adalah berkait langsung dengan kesibukan
tugas dan aktiviti seharian kita. Malah ada di antara kita yang mengeluh
meminta supaya hari dipanjangkan melebihi dua puluh empat jam. Namun,
sama ada sedar atau tidak, kesibukan dan perasaan kesempitan masa itulah
yang mematangkan kita, sama ada dari perspektif individu, kerjaya atau
keluarga ..." - YDH Ketua Polis Negara
Bukit Aman, 16 Feb 2012 -
"Adalah masih belum terlewat untuk kita mengingatkan diri masing-masing
bersempena dengan tahun baru ini untuk kita terus mengukuhkan iltizam
bagi memantapkan kualiti perkhidmatan kita selaku penjawat awam serta
juga kualiti kita sama ada sebagai ibu atau bapa dalam keluarga ," ujar
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam
ucapannya sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman
anjuran Jabatan Pengurusan di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman, hari
ini.
Tambahnya lagi, hanya melalui pengukuhan iltizam, PDRM mampu
untuk melaksanakan strategi-strategi pengurusan kerjaya mahupun
pengurusan rumah tangga dengan lebih berkesan dan memberi manfaat
sepenuhnya terhadap kesejahteraan dan kemakmuran mereka di bawah
tanggungjawab PDRM.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan
terima kasih kepada semua warga PDRM yang telah bertugas semasa
sambutan Hari Thaipusam pada 7 Februari yang lalu ,dimana pegawai dan
anggota yang ditugaskan mempamerkan profesionalisme penugasan yang
tinggi dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin
sepanjang perayaan diadakan.
"Sesungguhnya, tanggungjawab yang
dipikul oleh kita pada hari ini adalah amat berat dan meluas, kerana
seluruh lapisan masyarakat mempertaruhkan harapan mereka kepada kita
untuk memastikan mereka berasa selamat untuk bergerak dan menjalani
kehidupan harian," ujarnya lagi
"Transformasi hendaklah bermula
dari dalam diri kita sendiri dan hendaklah diserlahkan melalui
produktiviti dan keberhasilan kepada pasukan secara keseluruhannya,"
akhiri beliau.
Perhimpunan Bulanan Bagi Kali Kedua 2012 ini turut
dihadiri oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua
Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, YDH DCP Datuk Mortadza bin
Nazarene, Pengarah Pengurusan, Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, dan
Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
Kawalan Kehormatan mengambil tempat
Barisan pimpinan tertinggi PDRM..
Bacaan doa..
Bacaan ikrar..
Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara..
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Antara pegawai-pegawai awam yang hadir...
Kumpulan koir dari Bukit Aman..
Penyampaian sijil penghargaan..
YDH Ketua Polis Negara meluangkan masa bersama pegawai dan anggota PDRM
Wartawan & Jurufoto : Konst Santher Kumar A/L Sehgar