Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

7 500 Bungkusan Rokok Seludup Dirampas Marin Sandakan

Diterbitkan: 08 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sejumlah 7,500 bungkusan rokok seludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan Sungai Pedas, Batu 12, dekat sini, awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/7-500-bungkusan-rokok-seludup-dirampas-marin-sandakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:55 MYT

Sandakan, 8 Nov - Sejumlah 7,500 bungkusan rokok seludup berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan Sungai Pedas, Batu 12, dekat sini, awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, bertindak atas maklumat, pasukannya mengesan aktiviti pemunggahan bungkusan beg plastik berwarna hitam dari jeti ke sebuah kenderaan di kawasan tersebut. 

"Hasil serbuan menjumpai sejumlah rokok jenama astro yang terdiri daripada 2,250 bungkusan Astro menthol king dan 5,250 bungkusan Astro filter king.

"Kesemua rokok tersebut dipercayai diseludup dari Filipina untuk dipasarkan di sekitar bandar Sandakan," katanya.

Beliau berkata, turut ditahan seorang lelaki berumur 28 tahun bersama sebuah kenderaan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke arah semak dan tidak dapat dikesan.

Rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM100,000. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

7 500 Bungkusan Rokok Seludup Dirampas Marin Sandakan

ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM