Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Lelaki Ditahan Bersama Daun Ketum Dan Dadah Dalam Op Khas Di Lpt 2

Diterbitkan: 07 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat lelaki diberkas bersama daun ketum dan dadah disyaki pil kuda, dalam operasi khas di Lebuhraya Pantai Timur 2 di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-ditahan-bersama-daun-ketum-dan-dadah-dalam-op-khas-di-lpt-2
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:22 MYT

Hulu Terengganu, 7 Nov- Empat lelaki diberkas bersama daun ketum dan dadah disyaki pil kuda, dalam operasi khas di Lebuhraya Pantai Timur 2 di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, di sini hari ini.

Ketua Polis Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata dalam operasi kira-kira 1.30 petang itu, sebuah kereta pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dikesan dipandu melebihi had laju ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki empat lelaki terbabit, ia menggunakan nombor pendaftaran palsu dari Singapura selain kita juga menemui barangan terlarang itu yang disorokkan dalam bonet kenderaan tersebut.

"Kita menemui 10 bungkus berisi daum ketum seberat 46 kilogram dan 911 biji pil disyaki dadah serta tiga ekor ayam laga dalam kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya kesemua mereka yang berusia 29 hingga 45 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Ketika ditahan, beliau berkata mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kota Baharu menghala ke arah selatan.

Hussin berkata kesemua mereka kini ditahan di lokap IPD Hulu Terengganu, sebelum mendapat perintah tahanan reman di mahkamah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM