Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Warga Indonesia Ditahan Miliki Syabu Pedang Samurai Di Kinabatangan

Diterbitkan: 08 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang warga Indonesia kerana memiliki 21 straw mengandungi syabu di Ladang United Malacca Millian Labau di Tongod, Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-warga-indonesia-ditahan-miliki-syabu-pedang-samurai-di-kinabatangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:25 MYT

Kinabatangan, 8 Nov - Polis menahan seorang warga Indonesia kerana memiliki 21 straw mengandungi syabu di Ladang United Malacca Millian Labau di Tongod, Jumaat lepas.

Turut dirampas daripada lelaki berusia 32 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ialah sebilah pedang samurai serta sebilah keris.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata bertindak atas maklumat, dua anggota yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menahan seorang lelaki yang membawa sebilah pedang samurai pada 8.35 malam.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan, berlaku pergelutan antara suspek dengan seorang anggota polis.

Setelah melakukan pemeriksaan pada badan suspek, polis turut menjumpai sebilah keris kecil di pinggang kiri, 21 straw mengandungi syabu yang disimpan dalam saku seluar suspek, katanya di sini, hari ini.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM