Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

62 Termasuk Seorang Suspek Dikehendaki Ditahan Dalam Op Cant

Published: 18 Jun 2014 6.50 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kuala Lumpur, 21 Dis – Op Cantas Khas Bersepadu telah diadakan oleh Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) malam tadi di dua lokasi berasingan iaitu di Jalan Genting Klang dan Plaza Tol L..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/62-termasuk-seorang-suspek-dikehendaki-ditahan-dalam-op-cant
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:45 MYT

Kuala Lumpur, 21 Dis – Op Cantas Khas Bersepadu telah diadakan oleh Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) malam tadi di dua lokasi berasingan iaitu di Jalan Genting Klang dan Plaza Tol LDP Sunway.

Hasil daripada Op Cantas Bersepadu yang diadakan di Jalan Genting Klang, sebanyak 170 saman dikeluarkan, 314 buah kenderaan diperiksa dan 15 buah motosikal telah disita. Seramai 222 individu diperiksa dan 26 orang ditahan kerana memiliki waran tangkap trafik.

Seramai tujuh orang ditahan diatas kesalahan Akta Dadah Berbahaya dan 23 orang warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki passport dan tinggal melebihi tempoh.

Manakala di Plaza Tol LDP Sunway pula, sebanyak 65 saman dikeluarkan, 2,716 orang diperiksa dan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang dalam senarai dikehendaki polis dan tiga orang lagi memiliki mercun.

Polis juga berjaya menahan 15 orang atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya, tujuh daripadanya memiliki dadah dan lapan orang positif dadah.

Polis juga turut menahan 12 orang warga asing kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan adalah 235 keping saman dan seramai 2,938 orang telah diperiksa, 62 orang turut ditahan di dalam Op Cantas Bersepadu ini.

Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi PDRM

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.50 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM