Sindiket Curi Motor Di Masjid Tumpas Tujuh Suspek Diberkas
Tumpat
- Polis menumpaskan satu sindiket curi motosikal selepas menahan tujuh
lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar kawasan Chabang Empat dan Wakaf
Bharu di sini baru-baru ini.
Ketua
Polis Daerah, SUPT Zaharudin Rasip berkata, sindiket itu menyasarkan
kawasan masjid sebagai tempat menjalankan kegiatan mereka dan memilih
waktu solat Maghrib dan Subuh untuk mencuri.
Tujuh lelaki tersebut yang berusia antara 16 tahun hingga 31 tahun ditangkap pada Selasa dan kelmarin.
Mereka kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sumber : Utusan Malaysia