Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Sedang Leka Curi Kabel Telefon Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Pasir Puteh, 23 Dis - Polis menahan tiga lelaki ketika sedangmencuri kabel telefon milik sebuah syarikat telekomunikasi di pencawang Bukit Gedombak di sini, hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-sedang-leka-curi-kabel-telefon-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT

Pasir Puteh, 23 Dis - Polis menahan tiga lelaki ketika sedangmencuri kabel telefon milik sebuah syarikat telekomunikasi di pencawang Bukit Gedombak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata ketiga-tiga lelaki itu berumur 34, 37 dan 42 tahun sedang leka mencuri kabel tersebut hingga tidak menyedari kehadiran dua anggota polis dan seorang pekerja syarikat telekomunikasi itu pada pukul 3.40 pagi.

Hasil maklumat awam, polis bertindak menahan ketiga-tiga lelaki tersebut yang didapati positif dadah, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai yang berjaya menangkap penjenayah agar tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencederakan mereka kerana ia menyalahi undang-undang.

Katanya, ini sebagaimana kejadian yang berlaku di Selising dan Semerak minggu lepas apabila dua orang pencuri cedera teruk dipukul dan dilibas dengan parang oleh orang ramai yang berjaya menahannya. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM