62 Termasuk Seorang Suspek Dikehendaki Ditahan Dalam Op Cant
Kuala
Lumpur, 21 Dis – Op Cantas Khas Bersepadu telah diadakan oleh Jabatan
Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) malam tadi di dua lokasi
berasingan iaitu di Jalan Genting Klang dan Plaza Tol LDP Sunway.
Hasil
daripada Op Cantas Bersepadu yang diadakan di Jalan Genting Klang,
sebanyak 170 saman dikeluarkan, 314 buah kenderaan diperiksa dan 15 buah
motosikal telah disita. Seramai 222 individu diperiksa dan 26 orang
ditahan kerana memiliki waran tangkap trafik.
Seramai
tujuh orang ditahan diatas kesalahan Akta Dadah Berbahaya dan 23 orang
warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki passport dan tinggal
melebihi tempoh.
Manakala
di Plaza Tol LDP Sunway pula, sebanyak 65 saman dikeluarkan, 2,716
orang diperiksa dan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, polis
telah berjaya menahan seorang lelaki yang dalam senarai dikehendaki
polis dan tiga orang lagi memiliki mercun.
Polis
juga berjaya menahan 15 orang atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya,
tujuh daripadanya memiliki dadah dan lapan orang positif dadah.
Polis juga turut menahan 12 orang warga asing kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Jumlah
keseluruhan saman yang dikeluarkan adalah 235 keping saman dan seramai
2,938 orang telah diperiksa, 62 orang turut ditahan di dalam Op Cantas
Bersepadu ini.
Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi PDRM