Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

35 Gro Termasuk Seorang Remaja 13 Tahun Ditahan Di Melaka

Published: 19 Jun 2014 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 4 Mac - Polis menahan 35 wanita warga asing termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Banda Hilir di sini awal ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/35-gro-termasuk-seorang-remaja-13-tahun-ditahan-di-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Melaka, 4 Mac - Polis menahan 35 wanita warga asing termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Banda Hilir di sini awal hari ini.

Ketika serbuan lebih dua jam bermula 12.30 pagi tadi, kesemua mereka yang terdiri daripada 32 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Indonesia sedang leka melayan pelanggan di premis tersebut.

Ketua Unit Pencegahan Maksiat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ASP Shahrulnizam Jaafar berkata hasil siasatan mendapati 34 wanita terbabit menyalahguna pas lawatan sosial manakala remaja warga Vietnam itu dipercayai menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia.

"Kesemua wanita tersebut dipercayai memasuki negara ini menerusi sindiket pelacuran sejak awal tahun lepas menggunakan laluan darat dan udara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pelanggan membayar RM150 sejam untuk aktiviti seks manakala RM500 hingga RM600 semalam untuk khidmat sama.

Katanya siasatan turut mendapati pusat hiburan setingkat berkenaan telah beroperasi lebih lima bulan tanpa lesen.

Shahrulnizam berkata polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 40 tahun dipercayai pengurus, juruwang dan DJ pusat hiburan terbabit.

Beliau berkata 'ibu ayam' warga Vietnam berusia lingkungan 30-an bagaimanapun berjaya meloloskan diri dalam serbuan terbabit.

Katanya kesemua yang ditahan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. 


Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM