Kota
Tinggi, 4 Mac - Seramai 26 orang warga Indonesia termasuk seorang
kanak-kanak perempuan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam
tugas OP Landai di kawasan Hutan Pantai Kandang Rusa, Sungai Rengit
pukul 3.00 pagi tadi.
ACP
Zainul Abidin bin Hasan, Komander PPM Wilayah 2 berkata,pasukannya
telah menahan 26 orang suspek yang sedang berkumpul dan bersembunyi di
kawasan pantai dekat sini dipercayai menunggu bot pancung untuk keluar
dari negara ini.
"Setelah
diperiksa, kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah
dan cuba keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan",
katanya lagi.
Kesemua
mereka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit serta kes
disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002).

Sumber : Pasukan Polis Marin Johor
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
26 Warga Asing Ditahan Ppm
Kota Tinggi, 4 Mac - Seramai 26 orang warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak perempuan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam tugas OP Landai di kawasan Hutan Pantai Kandang Rusa, Sun..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/26-warga-asing-ditahan-ppm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.