Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Ditahan Berhubung Kejadian Serangan Hendap Dua Anggota

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 Mac - Empat warga asing, termasuk seorang lelaki, ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan hendap dua anggota polis peronda di Taman Sentosa, Klang awal hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ditahan-berhubung-kejadian-serangan-hendap-dua-anggota
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:15 MYT

Kuala Lumpur, 4 Mac - Empat warga asing, termasuk seorang lelaki, ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan hendap dua anggota polis peronda di Taman Sentosa, Klang awal hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua mereka ditahan di kawasan berhampiran sejurus selepas kejadian.

"Kita tahan tiga wanita dan seorang lelaki warga asing, dan ketika ini sedang kenal pasti dari negara mana mereka berasal.

"Kita juga sedang mengesan suspek lain yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. Kita akan pastikan kes ini dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Gombak dekat sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua anggota dari unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada awalnya melihat sekumpulan warga asing, termasuk tiga wanita, sedang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan cuba untuk memeriksa mereka.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang ditembak mati itu merupakan suspek sama yang menyerang anggota polis berkenaan.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM