Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

34 Gro Ditahan Dalam Ops Noda

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAU PINANG 3 Ogos - Seramai 34 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) rakyat China termasuk seorang penjaga lelaki tempatan bertempiaran lari apabila pusat hiburan yang menjadi 'sarang' kegiatan tidak ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/34-gro-ditahan-dalam-ops-noda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:42 MYT

PULAU PINANG 3 Ogos - Seramai 34 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) rakyat China termasuk seorang penjaga lelaki tempatan bertempiaran lari apabila pusat hiburan yang menjadi 'sarang' kegiatan tidak bermoral mereka diserbu polis tengah malam tadi.

Namun, cubaan GRO wanita yang berpakaian menjolok mata termasuk salah seorang yang cuba menyorok di sebalik timbunan kertas upacara keagamaan, tidak berhasil apabila mereka semua berjaya dicekup oleh pihak berkuasa.

Dalam operasi 'Ops Noda' selama empat jam bermula pukul 12.30 tengah malam di sebuah premis hiburan di Pulau tikus di sini, 15 daripada GRO itu cuba melarikan diri menggunakan laluan rahsia di tempat itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, serbuan yang dijalankan Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu adalah hasil intipan pihaknya dan maklumat orang awam.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, semua GRO wanita warga China itu sedang sibuk melayan pelanggan masing-masing.

"Kita berjaya mengepung dan menahan mereka yang cuba melarikan diri, bagaimanapun kita percaya ada antara mereka yang sempat meloloskan diri dipercayai dengan bantuan tonto," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan awal, semua GRO berusia 20 hingga 30 tahun itu bukan sahaja menjalankan aktiviti tidak bermoral malah menetap di sini walaupun melebihi tempoh yang ditetapkan.

Polis juga percaya wanita-wanita yang ditahan itu turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan berdasarkan keadaan di bilik berhibur di premis berkenaan.

Kata beliau, semua wanita terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 55 (b) akta yang sama kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta melanggar syarat permit.

"Pemilik premis pula akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit," ujarnya.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM